Tidak!!! Mana mungkin puak - puak Mahasewel tu akan mengakui perkara seumpama ini. Mereka takkan dapat terima berita ini sebagai satu Kebenaran.
Dah terjebat dengan sindrom Anti Kebenaran, mana mungkin diorang mampu untuk bertindak sedemikian sedangkan itulah hakikat yang sebenarnya.
Apa yang pasti, puak - puak Mahasewel ni memang terdiri dari golongan manusia yang rosak akal. Diorang bukan setakat Hilang Akal je, tapi dah rosak. Itu sebab la diorang suka buat kerja yang bukan - bukan!!!
Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.Beliau berkata kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara."Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda... tadi saya nampak poster "Orang Muda sokong BN"...mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Katanya BN memberi jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.Menurutnya pemerintahan BN hari ini adalah amanah untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selamat.Katanya dalam melaksanakan amanah tersebut kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik."Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk menjadi negara maju...setiap peringkat rakyat...tua muda semua kaum...Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan pembelaan secukupnya," katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukannya janji kosong kerana BN memberi jaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.