Alahai... buat apa la kita nak pelik sangat dengan Si Nik Aziz ni. Dia bukannya tau buat kerja lain selain dari mengeluarkan fatwa songsang dan menyesatkan.
Memang itu je fungsi dia dalam Parti Angguk Saja tu. Bukannya kita tak tau. Sebab itu la PAS sibuk sangat nak dia kekal bertanding dalam PRU yang akan datang.
Kalau nak harapkan dia jaga Kebajikan Rakyat di Kelantan tu, mimpi je la. Dah 20 tahun dia pegang tampuk pemerintahan Rejim PAS Kelantan, satu habuk pun tarak.
Itu sebab la rakyat dia sendiri terpaksa keluar dari negeri tersebut sebab tak de apa pun dia buat untuk rakyat. Nak sediakan peluang pekerjaan pun dia tak mampu.
Lepas tu, dok salahkan orang lain diatas keGAGALan dia sendiri. Kalau setakat tau nak tunding jari dan menyalahkan orang lain, baik tak payah jadi pemimpin. Baik dia duduk rumah je dari menyusahkan orang tak tentu arah!!!
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya."Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti."Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.