Halaman

Isnin, Januari 21, 2013

20 MEI TARIKH MAUT PRU 13???


Teka teki tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 masih lagi hangat diperkatakan. Bila tarikh tersebut akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri terus menjadi persoalan.

Kalau ikut percaturan puak - puak Pakatan Pembangkang, macam - macam spekulasi yang dah diorang buat. Tapi satu hapah pun tak tepat sebab diorang main tembak je.

Bayangkan la. Punya kemaruk diorang nak menghadapi Pilihan Raya Umum sehingga sanggup suruh ahli - ahli sendiri menangguhkan ibadah Haji.

Semuanya semata - mata untuk memenuhi agenda yang belum dapat mereka pastikan. Itu menunjukkan yang puak - puak Pakatan ni memang sanggup gadaikan apa sahaja.

Hanya demi untuk memenuhi nafsu Politik mereka, maka tanggungjawab terhadap agama pun sanggup diorang gadaikan. Pun diorang nak kata diorang pejuang Islam?

Meh kita tengok bila agaknya Pilihan Raya Umum akan diadakan ek. Kalau kita tengok ikut Negeri, paling awal yang akan terbubar ialah Johor iaitu pada 21 Mac.

Kemudian diikuti oleh Negeri - Negeri lain. Yang terakhir ialah Pulau Pinang dan Kedah dimana kedua - duanya akan terbubar pada 2 Mei.

Maka, jika Parlimen dibubarkan sebelum tarikh tersebut, ada kemungkinan Pulau Pinang tidak akan mengikut jejak Kerajaan Persekutuan.

Tapi, nak pelik apa ye tak. Dah Ketua Menteri DAPigs tu jenis manusia yang Sombong, Angkuh dan Tokong. Dah tentu - tentu ego dia pun tinggi melangit.

Maka ada kemungkinan Parlimen dibubarkan pada 28 Mac, maka masih ada baki lagi 60 hari untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke 13.

Bermakna, masih sempat untuk menunggu DUN Pulau Pinang dan Kedah dibubarkan pada 2 Mei. Penamaan calon kemungkinan boleh dibuat pada 6 Mei.

Dengan cara ini, nak tak nak, Pulau Pinang terpaksa jugak mengadakan Pilihan Raya serentak yang selama ini dinafikan oleh puak - puak Rejim DAPigs tu.

Tambah tolak 14 hari tempoh untuk berkempen yang telah ditetapkan oleh SPR sebelum ini, maka Pilihan Raya Umum kemungkinan akan berlaku pada 20 Mei 2013.

Kalau ikut tempoh 60 hari yang ditetapkan kepada Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya semula, tarikh 20 Mei tu masih dalam lingkungan yang ditetapkan.

Mahu atau tida, Pilihan Raya Umum tetap jugak akan berlaku tahun ini. Maka setiap rakyat diminta untuk bersiap sedia untuk memilih wakil mana yang lebih layak untuk mereka.

Adakah mereka akan memilih Barisan Nasional sentiasa mengutamakan Kebajikan rakyat atau parti yang selalu berbalah sesama sendiri?

Adakah mereka akan memilih wakil Barisan Nasional yang selalu turun padang dan bertemu dengan rakyat atau yang bayang - bayang pun tak pernah nampak?

Semuanya terpulang kepada korang untuk menetukannya. Kalau nak tengok negara ni terus kekal aman dan makmur, pilih la parti yang selalu mengutamakan rakyat.

Kalau korang tak nak tengok agama Islam tergadai, hak Melayu dihapuskan, keadaan huru hara disebabkan parti tak sepakat, maka jangan la pilih puak - puak Pakatan tu. Sebab diorang tu sekadar mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.