Halaman

Isnin, Januari 21, 2013

KOT YE PUN TERDESAK, JANGAN LA MENIPU!!!


Alahai!!! Kesian betul dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni ye. Sampai tahap ini diorang sanggup nak menipu. Buat surat sendiri?

Tambah memalukan, surat palsu tu diedarkan pulak melalui laman sosial Si Nik Aziz, manusia paling maksum dalam kalangan mereka.

La! Si Mursyidul Am PAS tu pun dah nak jadi agen dalam menabur cerita fitnah jugak ke? Macam mana nak kata yang dia ni maksum sangat?

Nampak sangat la yang puak - puak Parti Angguk Saja ni memang dalam keadaan terdesak nak jawab pasal isu kalimah Allah ni sampai sanggup menipu.

Diorang jelas tertekan dengan desakan yang dibuat oleh puak - puak DAPigs untuk membenarkan penggunaan kalimah tersebut kepada orang Bukan Islam.

Dalam masa yang sama, diorang tersepit dengan bantahan dari kalangan ahli serta pengikut yang jelas tidak bersetuju dengan desakan puak - puak DAPigs tu.

Sekarang, untuk mencari jalan keluar, diorang buat pulak surat palsu ni untuk memburuk - burukkan imej Datuk Seri Najib serta Kerajaan Barisan Nasional.

Apa yang kelakarnya, kerja buruk PAS ni dah dikantoi oleh pihak yang bertanggungjawab. Tapi, apa nak heran ye tak. Kalau dah nama pun puak - puak Parti Angguk Saja ni komponen dalam Pakatan. Kalau tak menipu, apa lagi yang diorang boleh buat!!!

 
Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… 
Kemudian  disertakan  dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka  sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya… 
Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.

Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan  dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…

Pertama, surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia  unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya  unit PEMANDU itu?,
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya  pada 16 September, 2009 yang  merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. 
Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri. - Seterusnya...

1 ulasan:

  1. Kalau macam ini lagi tak boleh saman tak tahu nak cakap la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.