Halaman

Khamis, Januari 03, 2013

BILA JIRAN SEBELAH TAK DIJEMPUT KENDURI!!!


Biasanya, korang baca cerita pasal amanat Si Hadi Awang ni dalam akhbar je kan? Biasanya korang baca cerita - cerita yang disampaikan oleh pengikut - pengikut PAS.

Meh Semut ceritakan pulak pada korang pengalaman Semut sendiri mengenai kesan terhadap amanat yang dibuat oleh Si Hadi Awang ni.

Seperti mana yang kebanyakkan orang tau, Semut juga merupakan bekas penyokong PAS. Jadi, jangan pertikaikan la dari mana Semut dapat sumber selama hari ini.

Kisah ni berlaku disalah sebuah kawasan dalam kubu kuat PAS di Selangor. Ianya berlaku kepada seorang Ketua Cawangan PAS dikawasan tersebut.

Satu hari, Si Ketua Cawangan tu nak buat kenduri kahwin untuk anak perempuannya dan kenduri tu dirancang untuk dibuat dihadapan rumahnya sahaja.

Maka, persiapan untuk kenduri tu pun dilakukan seperti biasa. Masak pakai katering sebab kawasan bandar. Jarang dah ada orang masak gotong royong ni.

Tapi, kerja - kerja pasang khemah, susun meja dan kerusi masih dijalankan secara gotong royong oleh usrah setempat dan dibantu oleh unit amal.

Dua malam sebelum kenduri tu dibuat, ada satu ceramah yang disampaikan oleh pemimpin PAS dekat surau yang berhampiran. Tajuknya pasal kejiranan.

Kata pemimpin PAS tu, seluruh umat Islam ni bersaudara. Malah, jiran - jiran sebelah rumah pun dianggap saudara. 40 kiri, 40 kanan, 40 depan dan 40 belakang. Sedara belaka.

Cuma yang menghairankan Semut, selama 2 hari membantu Si Ketua Cawangan tu bersiap untuk kenduri kahwin anak dia, tak nampak pulak jiran - jiran sebelah rumah.

Tanggapan Semut, mungkin diorang balik kampung kot. Sebab tu la jiran sebelah menyebelah ni tak datang tolong apa yang patut.

Malam sebelum kenduri besar tu dibuat la tahlil kesyukuran. Ramai jugak orang yang datang kecuali jiran - jiran Si Ketua Cawangan tu.

Mungkin diorang ni balik kampung la kot. Sebab tu la diorang tak datang. Keesokkan harinya, ramai la orang datang ke kenduri kahwin Si Ketua Cawangan tu.

Berbilang - bilang kaum. Melayu ada, Cina ada, India ada. Macam - macam la. Bila tengahari, Semut duduk la diatas batu dekat depan pintu rumah jiran sebelah tu.

Ternampak la kelibat jiran tu tengah menjemur kain. Tiba - tiba ada orang menyapa dari dalam pagar rumah tu. "Bang, mintak lalu sikit. Nak keluarkan kereta."

"Eh! Mintak maaf la bang. Bila abang balik? Abang dah makan ke belum?" "Em, saya tak kena jemput dan saya tak de ke mana pun."

Terkejut jugak Semut dengar cerita abang tu. Kenapa pulak Si Ketua Cawangan tu tak jemput jiran dia? Bukan ke jiran tu dianggap sedara sesama Islam?

Habis kenduri lewat petang, Semut sempat la duduk dengan Si Ketua Cawangan tu. Ringan pulak mulut bertanya kenapa Si Ketua Cawangan tu tak jemput jiran sebelah rumah?

Jawapan yang diberikan oleh Si Ketua Cawangan tu, "Ah! Dia tu kapir! Mana boleh kita jemput." Kafir? Kenapa pulak kafir sedangkan dia tu Melayu?

Kalau Melayu, dah tentu - tentu Islam. Jadi, macam mana pulak dia boleh jadi kafir? Si Ketua Cawangan tu kata, "Dia kafir sebab dia tu orang UMNO."

"Orang UMNO ni kafir sebab diorang tolak hukum Hudud dan berkawan dengan MCA serta MIC. Sebab itulah diorang tu tak boleh dijemput datang kenduri."

Hanya sebab dia berkawan dengan orang yang bukan Islam pun boleh dianggap kafir ke? Yang Si Ketua Cawangan tu jemput orang Bukan Islam, tak kafir pulak?

Inilah akibat dan kesannya dari amanat yang dibuat oleh Si Hadi Awang tu kepada masyarakat Malaysia. Benda ni dah jelas memesongkan akidah umat Islam. 

Dan ia juga mewujudkan perpecahan dikalangan masyarakat. Benda macam tu pun masih jugak ada pihak yang nak mempertahankkannya? Masih jugak ad ayang nak tegakkan benang yang basah? Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

7 ulasan:

  1. cerita dongeng ke nih?...

    BalasPadam
  2. betul ker bro? macam ada yang tak kena pada cerita ni; jangan jangan satu rekaan tak nak memkburukkan imej PAS@Hadi? takkan pulak boleh berlaku macam ni. ingat bro, FITNAH tuh berdosa.

    BalasPadam
  3. Bila orang cerita Kebenaran, dikatakan fitnah. Inilah masalahnya bila ada pengikut - pengikut yang taksub tak ingat dunia ni...

    Tapi, apa boleh buat. Kalau dah ditarbiayahkan supaya tidak menerima Kebenaran, maka macam ni la jadinya...

    BalasPadam
  4. Nak buat mcmana, lahir je semua puakk pas ni dah pandai. Org lain x layak bg pendapat.

    BalasPadam
  5. alamak ada pencacai UMNO marah. aku pun tak caya cita macamni. kalau memang betul dan berani, kasi tau siapa KC Pas tu dan kat mana tempat kejadian. bagilah pulak org yang kena tuduh tu bela diri, baru betul dan tak dikira fitnah. blogger UMNO skrg ni sumer nak bukti, habis tu cita kat atas macamana? takkan nak jaga maruah kawan kot, bersubahat namanya tu..........

    BalasPadam
  6. kisah dongeng dahulu kala.. pegi la mengaji klau xtau.. xpun al least solat la dkt surau sekali sekala..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.