Kadang - kadang, tengok puak - puak Pencacai Pakatan ni pun, agak memalukan diri diorang sendiri je sebenarnya. Diorang buat artikel bukan nak membantu pun.
Setakat nak mengaibkan pemimpin - pemimpin sendiri ada la. Sama la dengan isu yang kini sedang hangat diperkatakan di Kedah.
Dalam satu kenyataan media semalam, Menteri Besar Kedah kata dia tebang balak sebab dia nak tiru cara Felda. Dulu Felda pun tebang balak jugak di Pahang.
Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, jika kita bercakap mengenai isu penebangan hutan, dalam membangunkan Felda juga hutan ditebang untuk tanam kelapa sawit.“Masa zaman Tun Razak, di Pahang, di Felda pun tebang habis sebab nak tanam kelapa sawit, sama juga macam nak tanam serai, kena cabut rumput dulu, bukan boleh tanam macam tu saja, sama juga pembinaan laluan TEKIH di atas tanah hutan, maka balak-balak juga perlu ditebang, tetapi tak ada siapa pula yang nak bising kata rakus menebang balak,” ujar beliau.
Halamak ai!!! Benda itu pun Tok Jan tak boleh nak bezakan jugak ke? Pun Tok Jan tak boleh nampak perbezaan diantara Felda dengan kawasan pertanian lain?
Inilah yang orang kata tujuan untuk menghalalkan cara. Kalau diorang buat, boleh pulak. Tapi, kalau orang lain buat, macam - macam benda yang diorang kecam.
Jawapan yang diberikan oleh Tok Jan ni sebenarnya sama je dengan jawapan yang diberikan oleh Rejim PAS Kelantan mengenai Ladang Rakyat.
Kalau kita tengok kawasan Ladang Rakyat tu pun habis jugak hutan belukar dan balak ditebang atas alasan nak memajukan kawasan pertanian sama macam Felda.
Bezanya, Felda ni teroka tanah sebab nak bagi kepada rakyat miskin. Terutama sekali dikalangan orang - orang Melayu yang ada pada ketika itu.
Sebaliknya, kawasan pertanian di Kedah dan di Kelantan tu ditebang bukan sebab nak bagi tanah tu kepada rakyat. Tapi, semuanya disapu oleh individu tertentu.
Jadi, macam mana pulak Tok Jan boleh kata yang dia tebang balak dikawasan Tasik Pedu tu sama dengan apa yang Felda buat dulu?
Tambahan pulak, bukan ke puak - puak Kahak Oren pimpinan Si Mazlan Pemalas tu dok asyik mengecam Felda? Jadi buat apa pulak Tok Jan nak tiru apa yang dikecam oleh diorang sendiri!!! Tak masuk akal lansung!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.