Halaman

Jumaat, Januari 04, 2013

BILA KEBENARAN NAK DISENYAPKAN!!!


Lawak betul tengok cara puak - puak Pakatan Pembangkang ni nak mempertahankan diri sendiri ye. Sampai sanggup diorang jilat ludah diorang sendiri.

Selama hari ini, diorang dok asyik tuduh pemimpin Barisan Nasional menyelewengkan kuasa sewaktu mereka memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

Kononnya, dakwaan mereka, pemimpin Barisan Nasional ni jenis manusia yang tak bertanggungjawab dan sering mempergunakan peluang untuk meraih keuntungan peribadi.

Tak kurang jugak, diorang sering mendabik dada dengan mengatakan bahawa hanya diorang ni sahaja yang Bersih dari sebarang penyelewengan.

Kononnya, diorang nak kata la yang diorang ni telus, jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dan tak mengendahkan semua tu.

Sampaikan diorang sendiri buat perlembagaan yang menegaskan agar mereka menolak tawaran mana - mana pihak untuk terima anugerah kebesaran dan juga sebagai gelaran.

Tapi, bila semua tu dibongkar dan didedahkan kepada rakyat, tau pulak diorang malu. Tau pulak diorang nak rasa tertekan dengan apa yang didedahkan.

Bila semua skandal yang melibatkan diorang menyapu bersih tanah - tanah balak di Kelantan, mula la diorang menggelupor tak tentu arah.

Mula - mula, buat la penafian dengan harapan orang akan anggap ianya hanya wayang Politik untuk memburuk - burukkan imej mereka.

Tapi, bila dakwaan disusuli dengan bukti yang kukuh, baru la masing - masing ternganga mulut. Baru tu la nak mengaku yang diorang memang terlibat secara lansung.

Namun, apa yang memalukan ialah bila diorang masih lagi tak sedar diri dan masih mahu menyalahkan orang lain ekoran pendedahan yang dibuat.

Dan yang paling kelakar sekali ialah apabila diorang ambik tindakan bukan sebab nak kata yang pendedahan tu satu fitnah. Tapi sekadar nak suruh orang mintak maaf.

Apa pasal pulak orang nak mintak maaf sedangkan diorang sendiri yang cari penyakit? Adakah dengan permohonan maaf tu boleh melenyapkan tindakan yang diorang dah buat?

Adakah dengan permohonan maaf tu akan membuatkan rakyat berasa senang hati terhadap perbuatan mereka yang jelas menyeleweng kuasa demi untuk kepentingan peribadi?

Andaikata blogger Pisau.net tu mintak maaf, adakah diorang akan memulangkan semula tanah - tanah yang diambik oleh mereka sebelum ini?

Kalau setakat nak suruh mintak maaf je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung. Dia suruh orang mintak maaf, tapi tanah habis jugak dia rembat!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.