Halaman

Jumaat, Januari 04, 2013

SIAPA DIA NAK MENGAJAR GUAN ENG???


Siapa dia mamat yang mengetuai Jaringan Melayu Malaysia ni? Apa kelulusan yang dia ada untuk mengajar Si Guan Eng Biawak tu? Dia sedar tak dengan siapa yang dia bercakap?

Takkan la dia tak kenal dengan Si Biawak Guan Eng tu. Dia bukan calang - calang orangnya. Dia la Ketua Menteri Pulau Pinang. Dia jugak anak kepada Si Godfather Kit Siang.

Dan tak lupa jugak, Si Biawak Guan Eng ni juga merupakan Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang banyak berjasa kepada Negara. Takkan itu pun dia tak kenal?

Kalau tak kerana Si Biawak Guan Eng tu, dah lama dah nasib orang Melayu di Pulau Pinang tidak akan terpinggir seteruk seperti sekarang.

Jika tak kerana jasa Si Biawak Guan Eng tu jugak, masyarakat Islam di Malaysia ni dapat hidup aman dan makmur disamping penganut agama - agama lain.

Dek kerana sifat bertanggungjawab Si Guan Eng tu la yang menyebabkan keadaan kacau bilau dan huru hara di Malaysia dan menjadikan keadaan bertambah runcing.

Lagi pun, Si Guan Eng tu dah diiktiraf sebagai seorang pemimpin yang Sombong, Angkuh dan Tokong oleh pemimpin PKR sendiri. Jadi, tak payah susah - susah nak mengajar dia pasal tanggungjawab sebab dia bukannya faham pun pasal tu semua!!!
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap keengganan pengerusi parti itu, Karpal Singh menarik balik kenyataan yang direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997. 
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu amat serius kerana beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan liwat. 
“Jika Karpal enggan menarik balik kenyataan, maka cadangan Anwar sebagai calon Perdana Menteri pakatan adalah satu pembohongan besar daripada DAP. 
“Saya ingin bertanya siapakah calon Perdana Menteri yang sebenar bagi DAP jika pakatan menang? Siapakah yang bakal dilantik oleh keluarga Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Sementara itu, berhubung isu kalimah Allah, Azwanddin mempersoalkan Guan Eng yang hanya menggesa kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dan tidak kepada Bible bahasa Cina dan bahasa Tamil. 
“Mengapa Lim Guan Eng tidak mahu gunakan kalimah Allah dalam bahasa Cina dan Tamil? Adakah tujuannya untuk menyasarkan kepada anak muda Islam dan bangsa Melayu?" kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.