Dah ramai orang yang menyuarakan pandangan dan pengalaman mereka sendiri mengenai kesan Amanat Hadi Awang ni. Dah banyak kisah yang kita baca.
Hari ini, dah banyak blog yang memainkan cerita pasal seorang anak yang sanggup mengkafirkan bapa dia sendiri hanya kerana bapa dia menyokong UMNO.
Memang sedih beb kalau baca cerita macam tu. Mana tidaknya, darah daging sendiri pun sanggup diperlakukan sedemikian rupa hanya sebab taksub punya pasal.
Tapi, itu cerita orang beb. Dalam kalangan pemimpin - pemimpin PAS sendiri pun ada tak yang sanggup buat macam tu? Ada tak yang sanggup mengkafirkan sedara mara sendiri?
Sebagai contoh Si Khalid Gereja tu. Dia seorang pemimpin tegar PAS manakala abang dia pulak seorang pemimpin besar dalam UMNO.
Pernah tak dianggap abang dia tu sendiri sebagai kafir? Pernah tak dia melabelkan abang dia seperti mana yang digambarkan dalam amanat Hadi Awang tu?
Kalau Si Khalid Gereja tu pergi ke rumah abang dia untuk berhari raya, dia tak makan ke lauk dan kuih yang dihidangkan kepada dia? Adakah dia anggap semua tu haram belaka?
Kalau kita ajukan soalan tu kepada dia, dia jawab itu semua peribadi. Keluarga tak de kena mengena dengan Politik. Dah pulak!!! Boleh pulak dia cakap macam tu ye.
Mungkin sebab itulah Si Khalid Gereja tu sampai hari ini masih lagi mendiamkan diri dan tak memberi komen lansung pasal isu amanat Hadi Awang ni. Sebab dia takut terperangkap.
Ini la contoh yang paling jelas sikap munafik yang dibawa oleh pemimpin - pemimpin dalam PAS hari ini. Diorang buat boleh, tapi kalau pengikut buat, semuanya Haram belaka.
Tak ke itu bukti yang diorang ni munafik? Cakap tak serupa bikin. Kalau dia, boleh langgar amanat yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi sesuka hati.
Tapi, kalau orang lain yang buat, tak boleh pulak. Apa ke bangsat sangat perangai diorang ni. Itu macam punya perangai pun diorang boleh dabik dada kata diorang ni pemimpin Islam? Kalau setakat suruh orang je buat, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.