Haduyai!!! Masak la Si Nurul Izzah tu. Dah la dia sekarang ni diletakkan dalam peti sejuk sampai tiba Pilihan Raya nanti. Dah timbul pulak isu ni.
Tapi, apa boleh buat. Semuanya bukan salah orang lain. Sebaliknya, semua ni salah dia sendiri jugak. Orang dah bagi amanah, dia tak reti nak jaga.
Yang dia tau, asyik nak menipu je kerjanya. Lepas tu buat kecoh tak tentu arah. Macam mana orang tak menyampah. Macam dah tak de kerja lain yang nak dibuat.
Lepas ni, jangan pulak dia datang nak mendabik dada kata dia punya kerja semua ni. Orang macam Si Nurul Izzah tu bukannya boleh percaya sangat.
Benda yang dia tak buat, dia mengaku dia yang buat. Maklum la. Jenis manusia suka tumpang orang. Dulu, dia tumpang nama Papa dan Mama dia. Mengakala nak harapkan dia buat sendiri, mimpi je la. Dia bukan tau buat apa pun!!!
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Seramai 11,160 pelajar dari 13 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Lembah Pantai di sini menerima sumbangan alat tulis sempena sesi persekolahan 2013 yang bermula hari ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Beliau (gambar) berkata pemberian alat tulis itu adalah untuk menaikkan semangat pelajar khususnya mereka yang baru melangkah ke alam persekolahan.“Kita mahu anak-anak ini gembira dan lebih bermotivasi selain bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan ibu bapa yang mahu melengkapkan peralatan sekolah anak-anak,” katanya pada lawatan ke Sekolah Kebangsaan Petaling 1 di sini, hari ini.Antara sekolah yang menerima sumbangan itu ialah Sekolah Kebangsaan Petaling 1, Sekolah Kebangsaan Petaling 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya.Pemberian alat tulis berkenaan yang merangkumi kotak pensel, pensel, pembaris dan pemadam dilaksanakan pada 2012 bermula di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.Raja Nong Chik berkata selain pemberian alat tulis, pelajar turut menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011 yang akan diagihkan bermula 15 Jan hingga 15 Feb ini.Beliau berkata bantuan awal persekolahan itu adalah antara inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seiring dengan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.