Halaman

Selasa, Januari 22, 2013

HAH! ARTIS TERIMA HABUAN SERTAI POLITIK???


Hah!!! Ni apa cerita pulak ni? Siapa pulak artis yang terima habuan dari parti Politik sampai RM 3000 hingga RM 5000 sebulan tu?

Kalau ikut cakap diorang, masuk Politik ni sebab nak berjuang fisabilillah. Kot fisabilillah mendanya kalau dah dapat habuan macam tu punya banyak?

Katanya masuk parti Politik tu sebab nak mendekatkan diri dengan agama. Tapi, kalau dah ambik habuan ni, bukan sebab agama la jawabnya. Sebab nak habuan la maknanya.

Kalau yang bercerita pasal isu ni dikalangan blogger Politik, tak pe jugak. Tapi kalau dah laman portal hiburan pun dok cerita benda yang sama, memang betul la tu.

Itulah. Bila bercakap tu, jangan main serkap jarang je. Kalau nak mendekatkan diri dengan agama, tak perlu masuk parti Politik. Belajar la bab agama. Kalau masuk parti Politik ni, belajar Politik la, bukan belajar agama. Itu pun dia tak dapat nak bezakan jugak ke!!!
Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat begitu ramai artis yang telah berhijrah ke arah kebaikan. Memang tak salah berubah, asalkan niat untuk berubah itu adalah ikhlas dan atas kerelaan serta keinsafan diri sendiri.
Namun begitu, terdapat satu cerita yang tidak enak untuk didengar apabila ada seorang artis ini dikatakan berubah atas sebab desakan parti politik dan dirinya dikatakan sanggup menyertai parti politik tersebut kerana memikirkan imbuhan yang bakal diperolehi daripada pihak tertentu.
OHBULAN! tidak tahu sejauh mana kebenaran berita yang disampaikan oleh seorang penerbit dan pengarah terkenal ini, apabila dia menyatakan bahawa si artis ini dikatakan mendapat imbuhan dalam lingkungan RM3000-RM5000 untuk setiap ceramah politik yang dihadirinya.
Dalam pada itu, artis ini difahamkan pernah mengaku dan mengadu kepada penerbit terkenal ini, apabila mengatakan yang dirinya mengalami kesesakan wang untuk membesarkan anak-anak, tambahan pula tawarannya dalam bidang lakonan semakin hari semakin berkurangan.
Oleh itu, tanpa berfikir panjang dan demi mendapatkan wang dalam cara yang mudah, si artis ini sanggup menyertai parti politik dan meninggalkan bidang lakonannya yang selama ini menjadi sumber rezeki utamanya dalam membesarkan anak-anak.
Hmm..apa-apa pun OHBULAN! berharap agar artis ini dapat menimbang semula segala keputusan yang diambil dan diharapkan dia membetulkan niat asalnya berhijrah ke arah kebaikan adalah kerana tuntutan agama dan bukannya kerana tuntutan sesebuah organisasi mahupun manusia.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.