Huh!!! Pelik jugak dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni ek. Kalau diorang buat janji, tak pulak ianya dikatakan sebagai cubaan untuk beli jiwa rakyat.
Tapi, kalau Kerajaan Barisan Nasional buat, diorang boleh pulak tuduh kata itu semua cubaan untuk memancing undi rakyat ye tak.
Sebelum ini, YAB Perdana Menteri umum nak laksanakan 7 perkara di Kelantan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13.
Mungkin sebab puak - puak Haramjahdah tu terkejut dengan tawaran tu, maka diorang tuduh la kata PM cuba nak beli jiwa rakyat.
Habis, kalau 7 janji tu dikatakan sebagai cubaan nak beli jiwa rakyat, macam mana pulak dengan janji 6+3 yang diorang buat kat Pahang hari tu?
Bukan ke itu pun boleh dikira sebagai cubaan nak beli jiwa rakyat Pahang? Bukan ke itu cubaan untuk memancing undi jugak?
Menurut kata Si Hatta Ramli, semua janji yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri tu telah terlaksana oleh Kerajaan Negeri.
Telah terlaksana? Nak buat Lebuh Raya pun kena kumpul duit rakyat, terlaksana menda kejadahnya. Sampai bila baru boleh bina lebuh raya tu kalau setakat kumpul duit derma?
Korang bayangkan. Nak bina lebuh raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu tu memerlukan perbelanjaan sebanyak RM18juta. Cukup ke diorang sekadar nak kutip duit rakyat?
Berapa banyak keringat rakyat yang diorang nak perah untuk mencukupkan duit tu bagi tujuan nak membina lebuh raya tersebut?
Nampak sangat yang Si Hatta Ramli ni sekadar bermimpi disiang hari. Cubaan dia tidak lebih dari sekadar nak menipu rakyat dengan kenyataan yang tak masuk akal.
Sekarang ni, diorang hanya perlu jelaskan kepada rakyat. Ke mana perginya duit derma yang dah dikutip sebelum ini untuk membina lebuh raya tersebut.
Dah berapa banyak duit tu dikumpul? Siapa yang simpan? Siapa yang audit duit - duit tersebut? Apa diorang nak buat dengan duit tu sekarang?
Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang kata diorang memperjuangkan Keadilan. Tapi keadilan tu hanya dipihak diorang je.
Kalau orang lain buat semuanya tak boleh. Diorang je yang boleh buat semua benda tu. Kalau diorang buat, semuanya kira Halal la. Tapi, kalau orang lain, semua kira Haram belaka. Diorang tak sedar yang diorang tu yang Haramjadah!!!
SHAH ALAM – Pas menyifatkan janji projek besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi sebagai melengkapkan kempen Barisan Nasional (BN).Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata, Najib tidak perlu berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua janji tersebut kerajaan negeri sudah terlaksanakan.“Kenapa perlu berjanji ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)? Sedangkan beliau boleh membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan.“Tidak perlu menabur janji kepada rakyat Kelantan agar dapat mengambil alih Kelantan kerana projek yang dijanjikan ini kerajaan negeri telah lakukan dari dulu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.