Agenda Daily - Pakatan pembangkang cukup sinonim dengan janji tidak ditepati.Kalau tidak mana mungkin orang Selangor naik angin kena kelentong dengan manifesto pilihanraya umum 2008.
Kalau di Pulau Pinang bos mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentu tak berani bunyi pasal Kampong Buah Pala. Macam nak rak punya janji nak selesaikan masalah penduduk situ.Akhirnya habuk pun tarak.
Buku Jingga menjanjikan ibarat lampu Aladin...macam-macam boleh beres dalam tempoh 100 hari pakatan pembangkang langkah masuk ke Putrajaya.
Ramai pakar ekonomi kata mengarut janji-janji itu...tapi para pembesar pakatan boleh buat muka sardin sedangkan terbantang depan mata banyak janji PRU12 tak ditunai.
Singgah di Kelantan pula macam-macam rungutan boleh dengar. Kata orang kalau tak gabra dan tak kisah apa nak riuh. Apa pasal diorang nak kecoh - kecoh?
Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Kelantan hari Ahad lalu bukan membawa janji undi BN boleh masuk syurga.
Makanya hairan juga tengok kalangan pemimpin PAS kini tak ubah macam cacing kepanasan gara-gara janji Perdana Menteri untuk laksanakan tujuh projek mega di Kelantan bagi memajukan negeri itu jika kerajaan BN mendapat mandat pada PRU13.
Macam-macam mereka kata pada Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya tidak ikhlas, rasuah politik, gula-gula pilihanraya termasuk dakwaan janji
itu meniru program dirancang kerajaan Kelantan.
Najib dalam lawatannya Ahad mengumumkan tujuh projek besar merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.
Antara yang panas telinga dan tidak senang duduk macam cacing kepanasan adalah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob.
Turut memperkecilkan pengumuman itu adalah Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.
Malangnya, pemimpin-pemimpin PAS terbabit lupa bahawa merekalah yang janji macam-macam pada rakyat Kelantan dan juga orang luar termasuk janji syurga jika menyokong PAS.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu tentu masih ingat tentang kontroversi pasal itu sehingga beliau menafikan pernah janji demikian.
Husam yang juga Naib Presiden PAS kena ingat macam-macam janji pernah dibuatnya sebagai anggota Exco tetapi gagal dilaksanakan. Malah ada blogger minta beliau jawab 22 janji yang kerajaan PAS Kelantan gagal tunaikan.
Jadi kerana mereka berjanji dan tak mampu tunaikan maka mereka fikir Najib juga tak mampu berbuat demikian.
Sebenarnya, sudah 23 tahun Kelantan di bawah pemerintahan PAS dan kalau mereka nak tunaikan janji termasuk bina lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, mereka sudah buat!.
Sudah 23 tahun juga Kelantan di bawah PAS dan kalau mereka nak tunaikan janji beri air bersih pada rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu, mereka sudah buat! Tapi sampai hari ni, satu hapah pun diorang TAK BUAT!!! - Seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.