Hari ini masuk hari pertama sejak persoalan mengenai dana Lebuh Raya Rakyat yang dibuat oleh Si Husam Kambing serti Rejim PAS Kelantan tu dibangkitkan semalam.
Kalau kita lihat, semalam YAB Perdana Menteri dah umumkan 7 projek mega untuk rakyat Negeri Kelantan. Termasuk la Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bahru.
Maka sekarang ni Si Husam tu kena jawab. Berapa banyak dah duit yang dah dikutip setakat hari ini? Siapa yang kumpul duit tu dan dimana duit tu disimpan?
Siapa yang Audit duit - duit yang dah didermakan oleh rakyat tu? Yang lebih penting, apa diorang nak buat dengan duit tu sekarang?
Ye la. Sekarang ni diorang dah tentu - tentu tak perlu nak guna duit tu dah sebab Kerajaan Pusat dah sanggup nak buat Lebuh Raya tu.
Jadi, rakyat perlu tau, apa diorang nak buat dengan duit yang dah dikumpul oleh Rejim PAS Kelantan tu sebelum ini. Mereka berhak untuk mengetahuinya.
Nanti jangan pulak duit yang dikumpul tu semua jadi macam tabung memali pulak. Jangan kata nak nampak bayang duit, Bayang tabung pun entah ke mana. Telan dek puak - puak Parti Angguk Saja ni jugak kot!!! Ke macam mana? Boleh Si Husam Kambing jawab tak!!!
KOTA BHARU 20 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan negeri ini sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata, projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.
Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.
"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita, belum lengkap lagi. Ambo nak simpan modal ni, sebab ambo nak acap turun Kelantan nak umum lagi," katanya berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.
Pengumuman projek tersebut disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh kira-kira 50,000 orang hadirin pada majlis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.