Halaman

Ahad, Januari 13, 2013

INI SEBAB HIMPUNAN SEMALAM TAK CAPAI SEJUTA!!!


Semakin hari, semakin kurang orang yang percaya dengan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Entah sebab apa la gamaknya ye. Bila orang cakap, diorang tak nak percaya.

Sekarang, semuanya dah terbukti. PAS sebenarnya bukan la parti yang layak untuk digelarkan sebagai pejuang - pejuang Islam sebab diorang lebih takut pada DAPigs.

Buktinya dah cukup jelas. Terbaru timbul pulak kontroversi pasal isu kalimah Allah dimana PAS bersetuju dengan desakan puak - puak Kafir Harbi DAPigs tu.

Bukan ke itu satu bukti kukuh mengatakan yang PAS hari ini sudah lari dari landasan perjuangan sebenar mereka? Bukan ke itu bukti mereka dah tak memperjuangkan Islam?

Hakikat ini memang tidak dapat disangkal oleh mana - mana pihak. Waima penyokong - penyokong PAS pun pun dah muak dengan parti tu. Inikan pulak ahli - ahli diorang sendiri.

Nah!!! Sekarang, semakin ramai ahli - ahli PAS yang bertindak keluar parti kerana sudah hilang keyakinan terhadap parti tersebut. Kalau diorang pun dah tak percaya, kita yang bukan ahli ni nak ikut lagi buat apa? Buat mengabihkan masa je!!!
KOTA BHARU: Kira-kira 200 penyokong tegar PAS di Kampung Pauh Dua, Kubang Kerian di sini mengisytiharkan keluar dari parti itu hari ini kerana menyifatkan ia telah lari dari matlamat asalnya.
     
Kumpulan itu yang diketuai Shafiei Peli, 46, mengumumkan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) dan menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.
Shafei yang sebelum ini merupakan Anggota Jawatankuasa PAS cawangan kampung berkenaan berkata PAS selama ini telah menipu para penyokongnya menerusi slogan parti Islam.
"Selama ini kami ingat PAS boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu. Rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini memperdaya kami.
   
"Akhirnya kami membuat keputusan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh membantu bangsa Melayu dan Islam," katanya yang telah 10 tahun menyertai PAS.
Beliau berkata walaupun menyertai PPP, mereka yakin mampu membantu BN untuk menang di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.
Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan berkata tindakan keluar parti itu mencerminkan kegagalan PAS untuk mendaulatkan Islam dan memartabatkan Melayu terutama di Kelantan.
   
"PAS sudah rosak kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang sanggup menjadi kuda tunggangan pihak lain yang meremukkan hati bangsa Melayu dan Islam," katanya sambil menambah beliau menjangkakan lebih ramai penyokong PAS akan keluar parti dan menyertai parti komponen BN di Kelantan.
Ps: Kalau setakat jadi Pak Angguk Saja pada puak DAPigs tu, tak payah la nak dabik dada kata diorang tu pejuang Islam. Buat malu je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.