Halaman

Ahad, Januari 13, 2013

NEELOFA BIKIN GEMPAK!!!


Hah! Ni apa cerita pulak dengan Si Neelofa ni? Gempak apa pulak yang dia nak buat awal - awal tahun macam ni ni? Tak cukup lagi ke kontroversi yang dia buat tahun lepas?

Entah la. Dunia artis ni kalau tak de gosip dan tak buat kontroversi memang tak sah. Itu semua sebab nak melakukan diri sendiri kat pasaran la tu.

Taktik yang sama tu jugak la yang dok diguna pakai dek Ostazah Pening tu. Maklum la, bekas artis yang dah tak laku la katakan. 

Jadi, nak tak nak, terpaksa la dia buat semua benda tu untuk menarik perhatian. Kalau tidak, dah tentu - tentu nama dia akan terus tenggelam dan dilupakan oleh orang ramai. Meh baca apa cerita Si Neelofa ni pulak ye.
Korang semua tentu tahu cerita-cerita kontroversi yang dikaitkan dengan Neelofa pada tahun lepas..

Rasanya, tahun 2013 ni pun sama je sebab awal-awal lagi nama mek kelate tu dah dikaitkan dengan kontroversi baru..

Semuanya bermula bila nama Neelofa dicalonkan untuk 3 kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012..

Gua pun heran..., dalam 3 kategori yang dipertandingkan tu.., macam mana Neelofa boleh tercalon dalam 5 finalis ABPBH2012 ?

Untuk pengetahuan korang, Neelofa dicalonkan dalam 5 finalis untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

Ramai peminat seni tanahair tak puas hati sebab dorang rasa lakonan Neelofa tu tak lah hebat manapun untuk dijadikan finalis Pelakon filem popular..

Malah, dalam drama di TV pun beliau jarang sangat pegang watak utama beb. Kalau nak kata Neelofa pandai mengacara, tipu sangat lah kan..

Mutu pengacaraan anak kelahiran Kelantan tu banyak dikritik oleh peminat dalam rancangan Nona dan Meletop..

Jadi.., memang pelik la kalau Neelofa masuk finalis bagi 3 kategori tu kann.. Ada komen yang gua baca dalam portal hiburan mendakwa, Neelofa mengundi diri sendiri bagi tersenarai sebagai finalis..

Betul atau tak spekulasi yang dorang timbulkan tu, tak tahulah gua.. Tapi kalau tak ada angin, takkan pokok goyang sendiri kannn..

Apapun.., gua setuju kalau korang nak kata Neelofa tercalon sebagai finalis sebab kontroversi dan seksi.. Kalau bab bakat tu, errrr..., korang pun tahu kan jawapannya.. SUMBER

1 ulasan:

  1. cik semut..... 'popular' dan 'terbaik' ialah 2 perkara yang tak sama .... popular tak semestinya yang terbaik...... Nik Aziz pun popular, tapi bukan yang terbaik pun......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.