Halaman

Khamis, Januari 03, 2013

ISNIN NI, PAS BERUBAH WAJAH!!!


Korang percaya tak, hari Isnin ni nanti Parti Angguk Saja tu akan berubah wajah. Kalau sebelum ni, beria - ia benar diorang kecam isu penggunaan Kalimah Allah.

Malah, Si Ketua Penerangan PAS Pusat, Pak berahim sendiri menegaskan bahawa penggunaan kalimah itu adalah hak mutlak umat Islam di Malaysia.

Kalau ikut kata Pak Berahim, istilah God dalam kitab Bible perlu diterjemahkan sebagai Tuhan dalam bahasa Melayu dan bukannya Allah.

Kenyataan Pak Berahim tu jugak turut disokong oleh Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan penggunaan kalimah Allah tidak wajar diguna oleh orang lain.

Jelas, kedua - dua kenyataan pemimpin PAS tu bertentangan dengan apa yang didesak oleh DAPigs dan apa yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu.

Kalau DAPigs yang buat desakan, kita masih boleh terima pakai sebab diorang tu bukannya tau apa - apa tentang agama. Nak pulak Si Tokong Biawak tu.

Tapi, bila dah Si Ketua Penipu dan puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu jugak turut tumpang sekaki dalam menghalalkan perkara tersebut, kita nak cakap apa lagi?

Namun, jangkaan Semut, semua pandangan yang dikeluarkan oleh pemimpin - pemimpin PAS sebelum ini pasti akan berubah selepas hari Isnin nanti.

Habis je mesyuarat yang bakal diadakan oleh pemimpin - pemimpin Pakatan tu, PAS pasti akan berubah pendirian. Suara - suara sumbang sebelum ini akan disenyapkan.

Kalau tak percaya, korang tunggu je la nanti. Kita pun bukan tak kenal dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. diorang memang akan ikut telunjuk DAPigs dan PKR. Sebab tu la orang gelarkan diorang ni Parti Angguk Saja. Itu je yang diorang mampu buat pun!!!
PETALING JAYA - Perbincangan mengenai isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mengundang kontroversi baru-baru ini, akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, Isnin ini.
Namun menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini, ketetapan yang diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah ALLAH adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.
"Kita sudah tetapkan mesyuarat Pakatan pada 8 Januari dan saya percaya isu ini boleh dibangkitkan walaupun Pakatan Rakyat telah pun putuskan belum ada usul baru untuk meminda keputusan yang lama.
"Iaitu pada 2010 kita sudah putuskan. Tetapi sekiranya ada pihak yang membangkitkan dan ada pandangan baru, kita tentu boleh bincangkan. Perbincangan itu akan diadakan pada 8 Januari pada majlis mesyuarat Pakatan.
"Sekiranya ada pandangan baru, kita akan bincangkan," kata beliau yang juga Ketua Umum PR pada sidang mingguan PKR di sini, hari ini.

1 ulasan:

  1. kalau kita baca dan teliti apa yang ditulis dalam kitab injil[yang asal] tak ada ditulis nama ALLAH tetapi yang ada ditulis nama jesus[NABI ISA]dan nama maria[MARIAM IBU NABI ISA] dan setiap satu kitab injil pula adalah berbeza[berlainan]cerita.lim guan eng cuba mengelirukan rakyat islam malaysia dengan menggunakan kalimah ALLAH didalam kitab injil bahasa melayu[ciptaan baru]untuk menuju kearah ISLAM LIBERAL.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.