Halaman

Khamis, Januari 03, 2013

TONY PUAKA NI MEMANG TAK SUKA MANDI!!!


Alah... Siapa yang tak kenal dengan Si Tony Puaka ni. Dia memang jenis manusia yang pengotor. Hari - hari, dia mana da nak mandi kecuali kalau hari hujan.

Dalam sebulan, duit elaun dia jadi Ahli Parlimen habis semua dijoli sebab nak beli minyak wangi. Sebab tu bila rakyat datang mintak bantuan, dia kata tak de duit.

Itu semua sebab dah bertong - tong minyak wangi dia beli dan dia simpan kat rumah. Takut nanti, minyak boleh tukar jadi orang sudah la. Parah macam tu beb.

Tapi, ini bukan cerita pasal Si Tony Puaka tu mandi atau tidak. Kalau dia tak mandi pun, Semut apa peduli. Itu dia punya pasal la kalau nak bau macam Gampang sekali pun.

Ini cerita pasal sifat Si Tony Puaka ni yang memang tak sedar diri. Dia bercakap macam la dia tu bagus sangat. Macam la dia tu sempurna sifatnya.

Apa yang dia buat hanya mengkaji nyamuk yang ada di seberang laut sedangkan bangkai gajah yang ada depan mata dia buat - buat tak tau je.

Itu ke jenis pemimpin yang bertanggungjawab, yang jenis tau nak salahkan orang lain diatas kelemahan diri sendiri? Yang hanya setakat tau nak mendabik dada kata dia bagus?

Kalau pemimpin macam tu, baik dicampak je dia ke dalam laut. Tak pun ditong-sampahkan terus dalam PRU akan datang sebab tak mendatangkan faedah. Kerja dia mengabihkan masa je. Dah la tu, menyusahkan orang pulak!!!
Tony  Pua, (DAP – Petaling Jaya Utara) dengan bangga dan konsisten sekali terus memainkan peranannya sebagai ‘pejuang tender terbuka’ atau ketelusan dalam pentadbiran kerajaan BN.   

Nampaknya, Tony Pua ini telah terlepas pandang akan laporan-laporan akhbar mengenai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’ Seri Najib.  Jika ini tidak benar, tentu Tony Pua sedia maklum bahawa tender terbuka merupakan antara tunjang program transformasi kerajaan dalam memperkatakan tentang ketelusan.   

Oleh itu, sistem tender terbuka telah sememangnya diamalkan oleh kerajaan BN dan sudah pun menunjukkan keberkesanan atau kejayaan di mana Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu A.T Kearney sebagai 10 negara terbaik dalam indeks keyakinan pelabur asing 2012.  

Kalau ada pun projek yang diberikan secara rundingan terus, ia adalah projek yang melibatkan rahsia pertahanan dan rahsia sulit negara, atau memerlukan tindakan cepat dan ‘khas’ seperti yang melibatkan bantuan ataupun projek-projek berskala besar dan signifikan untuk kesejahteraan rakyat atau pembangunan negara.  

Ini adalah amalan biasa oleh mana-mana kerajaan yang bijak dan mementingkan keselamatan rakyat serta negaranya.   

Justeru, tiada sebab untuk Tony Pua terus menyalak memperjuangkan sesuatu yang telah pun ada di depan mata.   Lebih-lebih lagi apabila kerajaan PR sendiri masih bergelumang dengan masalah ketidaktelusan yang amat serius sehingga mampu membawa bencana besar kepada rakyat.  

Tahukah Tony bahawa rakyat tidak pernah lupa akan ‘ketelusan’ DAP dalam menangani kes rasuah pemimpin mereka sehingga membawa kepada kematian saksi penting SPRM, iaitu Teoh Beng Hock?  Tidak cukup dengan itu, DAP bertindak mengalihkan isu rasuah mereka dengan mempolitikkan pula kematian Teoh Beng Hock dengan menyalahkan SPRM.   

Itu belum lagi dikira aduan rakyat mengenai ahli majlis yang menyonglap peruntukan untuk Pusat Khidmat DAP atau kes salah guna kuasa memberi sokongan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga sendiri. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.