Halaman

Khamis, Januari 24, 2013

KASANOVA KECUNDANG DITANGAN WANITA!!!


Fuh!!! Malu beb. Seluruh kaum Adam patut malu bila dengar cerita ni. Hilang kejantanan kaum Adam dibuatnya kalau tumpas ditangan wanita ni.

Korang semua tentu ingat cerita pasal kasanova yang didakwa menipu beberapa orang wanita baru - baru ni kan? Dan dilaporkan bahawa kasanova tu dah kena tahan.

Tapi ini bukan la cerita pasal kasanova tu. Yang Si Kasanova tu memang dah terang - terang kantoinya. Jadi, tak payah la kita nak cerita pasal dia lagi.

Sebaliknya, ni kisah seorang lagi kasanova yang memang tak reti nak menunaikan janji - janji dia kepada wanita. Kalau berjanji, habis bulan dan bintang dibuatnya.

Tapi bila tiba bab nak melaksanakan janji tu, banyak pulak alasan yang dia bagi. Banyak pulak dolak dalih yang dia keluarkan. Semuanya semata - mata nak mengelakkan diri.

Waima nak suruh dia mengakui kesalahan diri dia sendiri sebab menipu wanita - wanita tu semua jangan harap la. Takkan dia nak mengakunya.

Malah lebih buruk dari itu yang dia buat. Dia tuduh pulak wanita - wanita tu dengan pelbagai tuduhan. Hah! Tak ke malu kaum Adam dibuatnya?

Jadi, memang patut sangat la Si Kasanova ni kecundang ditangan wanita - wanita tu apabila mahkamah tolak permohonan rayuan untuk membatalkan saman sebelum ini. 

Bukan sorang. Bukan dua orang. Dan bukan juga 10 orang yang menjadi mangsa penipuan Si Kasanova ni. Sebaliknya 2,020 orang yang dah menjadi mangsa.

Pergh!!! Memang dasar kasanova betul la mamat tu ye tak. Kira dia ni boleh dinobatkan sebagai 'King of Kasanova' la kat Malaysia ni.

Dasar jantan tak sedar diri memang macam ni. Bila tak dapat, macam - macam la dia janji. Tapi bila dah dapat, semua dia lupa. Dasar jantang buaya darat. Memang patut sangat dia kena saman. Baru la Padan dengan Muka Dia!!!
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. - Seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.