Hah!!! Akhirnya terpaksa jugak dia jilat ludah dia sendiri ye. Hari tu, masa bercakap bukan main lagi menyembur - nyembur air liur. Sekarang dah kena muka sendiri.
Pun dia masih ada hati nak salahkan orang lain? Bukan ke dia jugak yang kata hari tu. Apa saja urusan yang berkaitan dengan PAS Kedah dia tak nak masuk campur?
Sekarang, dia pulak yang beria - ia nak mempertahankan Negeri tu. Apa pasal pulak? Lutut dia dah goyang ke? Banyak sangat minum air ketum?
Inilah masalahnya dengan pemimpin Pakatan macam Si Mahfuz Bean ni. Bercakap bukan main lagi angkuhnya. Sebab dia pemimpin PAS Pusat, masalah PAS Negeri dia buat tak tau.
Bila dah timbul isu macam ni, baru la dia sibuk - sibuk nak tunjuk Hero. Kononnya macam la dia tu bagus sangat. Nak tunjuk la yang dia tu ambik berat pasal Negeri dia.
Poodah la!!! Setakat wayang je buat apa! Bila dah nak dekat Pilihan Raya baru la nak sibuk - sibuk nak tunjuk muka. Selama ni, dia buat tak peduli pun. Apa la malang PAS ada pemimpin bertaraf SRP ni ye. Tu pun tak lulus. Lagi nak tunjuk bagus. Ciet!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yakin Pakatan Rakyat mampu menambah majoriti bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.Kata Naib Presiden PAS itu, perubahan dan lonjakan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan PAS telah meningkat."Kita berkeyakinan akan dapat tambah majoriti kita...majoriti jumlah kerusi akan bertambah berdasarkan apa yang kita buat di peringkat kerajaan negeri dan melihat kepada lonjakan sokongan kepada PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat."Kita mampu dapat pertambahan kerusi...mengenai isu-isu yang dimainkan ia tidak akan termakan sebab semua rakyat tahu isu itu hanya untuk memesongkan pemikiran," katanya kepada Antarapos.Tambah Mahfuz, dakwaan dilemparkan Umno-BN kepada kerajaan negeri terutamanya berhubung penyelewengan adalah tidak benar kerana tiada bukti kuat yang menyokongnya."Dakwaan kata masuk dalam kocek pemimpin dan mana-mana exco tidak benar. Apa yang mereka cuba eksploitasikan hanyalah dari sudut alam sekitar jadi rakyat Kedah memahami persoalan ini yang mana penebangan balak bukan untuk poket pemimpin tapi untuk kerajaan negeri," katanya.Bagaimanapun pendapat Mahfuz itu disanggah oleh sebuah institut yang menjalankan kajiannya sendiri.Menurut kajian itu, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menang dan mengambli alih Kedah dan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat pada PRU13.Ketua Kluster Etnik dan Pekerjaan di Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mansor Mohd Nor berkata, bagi mencapai matlamat itu, BN harus menampilkan calon daripada kalangan muka baru terutama golongan muda yang memiliki integriti, berakhlak baik, amanah dan adil. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.