Halaman

Selasa, Januari 01, 2013

OH... DIA BENGKAK SEBAB TAK DAPAT MASUK TV!!!


Alahai. Kesiannya la dengan Si Nik Aziz ni ye. Rupanya, dalam diam - diam, dia bengkak sebab dia tak diberi peluang untuk muncul dalam televisyen.

Rupanya dia dengki bila pihak Kementerian yang dipimpin oleh Datu Seri Rais Yatim menyambut cadangan Hadi Awang dengan tangan terbuka.

Maka sebab itu la dia meroyan tak tentu arah. Dia kata, ini Negara demokrasi. Semua orang berhak untuk bersuara kata dia.

Cuba kita tanya dia balik. Kalau Negara ni merupakan Negara demokrasi, kenapa pulak wujud larangan untuk mempersoalkan Hudud bila DAPigs bangkitkan isu tu?

Kenapa PAS sendiri mengeluarkan arahan kepada pemimpin - pemimpin bawahannya agar menutup mulut dari memberi sebarang komen mengenai isu tersebut?

Bukan setakat isu Hudud je yang mereka dipaksa untuk mengunci mulut. Malah dalam isu Kalimah Allah pun, pemimpin serta ahli PAS dilarang untuk bersuara.

Semuanya sebab yang mempersoalkan perkara tu datangnya dari mulut puak - puak Kafir Harbi DAPigs. Maka sebab itu la diorang tak boleh nak komen.

Itu ke demokrasi yang dimaksudkan oleh Si Nik Aziz ni? Itu ke Kebebasan Hak Bersuara yang dia cakapkan dalam kenyataan hari ini? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah la!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
KOTA BHARU - Di sebalik isu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu muncul dalam televisyen berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas.

Bagi tujuan itu, beliau bersedia bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar Pas yang menurut parti itu kini disalahertikan oleh pelbagai pihak.

“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang di sini, pagi ini.

Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaannya muncul dalam televisyen bagi menjawab apa jua soalan yang dikemukakan semasa sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi menerusi siaran langsung televisyen RTM dan TV3 yang dimintanya.

Namun dalam timbal balas yang diterima, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dalam isu penyiaran terbabit, seharusnya sebagai kerajaan yang ditadbir oleh pemimpin beragama Islam, pihak terbabit perlu memberi peluang sama rata dan adil bagi menegakkan kebenaran.

“Saya menyokong penuh kewibawaan Hadi yang bersedia menjelaskan amanatnya di televisyen, namun ia perlu disiarkan secara langsung dan bukannya rakaman seperti kenyataan Rais.

“Susah apa jika disiarkan secara langsung, negeri kita demokrasi, harta benda kerajaan menjadi hak semua jika cukup umur. Dia (Hadi) merupakan lulusan universiti, pernah jadi wakil rakyat dan Menteri Besar Terengganu, jadi beliau mempunyai hak untuk bersuara,” katanya.

Nik Aziz berkata, adalah sesuatu yang  menyedihkan apabila isu demikian gagal diselesaikan oleh bangsa Melayu-Islam sendiri sekali gus membantut usaha untuk berdakwa kepada bangsa lain.

“Perkara ini perlu difikirkan secara rasional dan sebagai negara demokrasi kita juga berhak bersuara, jangan jadi seperti negara diktator,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.