Halaman

Isnin, Januari 21, 2013

SURUH ASSMIN NI JAGA AYAM JE LA!!!


Hehehe... kesian pulak tengok budak 'Aiskrim Tandas' tu ye. Tak pasal - pasal je dia jadi bahan sasaran Si Harun Taib ni sampai digesa rakyat jangan layan dia.

Inilah akibatnya kalau nak sangat tunjuk pandai dalam perkara yang kita sendiri tak tau. Penyudahnya, kita jugak yang malu sendiri.

Kata orang, kalau kita tak tau tentang satu perkara tu, baik kita diamkan diri je. Jangan pulak kita nak memandai - mandai. Kalau dah jahil tu, jahil la jugak. 

Jangan la nak berlagak macam dia tu Ostaz pulak!!! Ke Si Assmin ni pun nak ikut jejak macam Si Ostazah Pening tu? Tak de ilmu, tapi sibuk dok buat fatwa dan menyalahkan orang itu dan ini. Walhal, diri dia pun bukannya betul sangat!!!
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib meminta PKR dan DAP agar tidak campur tangan dalam keputusan parti itu termasuk polemik penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.

Tegas beliau, mana-mana pemimpin yang bukan di kalangan PAS tidak berhak untuk menggesa agar satu kajian lain dibuat atas alasan tidak menerima keputusan itu.


Harun berkata demikian mengulas perkembangan terbaru isu tersebut dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan oleh Majlis Syura Ulama yang memutuskan penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Malaysia.

"Dia (Karpal) tidak berhak minta Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusan itu...Majlis Syura Ulama dalam PAS bukan Pakatan Rakyat.


"Jangan ganggu kita punya parti, hal dalaman parti kita yang lain (PKR dan DAP) jangan ganggu," katanya kepada Antarapos.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Malaysia selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini menegaskan parti itu hanya menerima perakuan Abdul Hadi bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS, pada Ahad lalu, memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Malaysia.


Sayap tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Tegas Harun, polemik yang dicetuskan Setiausah Agung DAP Lim Guan Eng itu sudah selesai. "Azmin Ali pun kita jangan layan. Isu ini selesai, tiada apa-apa lagi," katanya.

2 ulasan:

  1. Sebelum nak sebuk pasal hal dalam kelambu orang, jaga kelambu sendiri dulu...........

    BalasPadam
  2. PKR PARTI TAKDE TUJUAN. PODAAAH!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.