Halaman

Sabtu, Februari 16, 2013

DAPigS MEMANG YAKIN PAS BOLEH DIPERKUDAKAN!!!


Ala, apa nak pelik. Puak - puak DAPigs tu memang yakin pun dengan PAS. Mana ada dah Melayu lain yang mudah dipergunakan oleh orang seperti mana yang dibuat oleh PAS.

Hanya PAS je yang boleh mengadaikan Islam dan mengugurkan maruah serta kesucian agama Islam tu secara terang - terangan. Orang lain tak berani beb.

Tambahan pulak, hanya Rejim PAS Kelantan je yang sanggup bagi rasuah tanah kepada DAPigs semata - mata nak pegang kuasa dan tak malu untuk mengakuinya. Jadi, tak heran la kalau DAPigs tetap yakin dengan PAS sebab diorang je boleh jadi keldai!!!
KUALA KRAI - Penduduk Cina di kawasan Parlimen Kuala Krai diseru terus beri sokongan kepada kepimpinan Pas untuk memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memastikan nasib mereka terus dibela.

Yang Dipertua Pas Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sokongan itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan kesinambungan dasar pemerintahan adil untuk semua kaum di negeri ini.

Sejak Pas memerintah negeri ini pada 1990, keyakinan masyarakat Cina kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat makin meningkat dan diharap sokongan itu berterusan pada PRU13.

“Masyarakat Cina di Kelantan tidak lagi takut kepada dasar Islam kerana selama lebih 20 tahun, mereka sudah merasai sendiri keselesaan hidup di bawah pemerintahan Pas.

“Kerajaan negeri tidak pilih kasih jaga kebajikan rakyat kerana setiap bantuan disalurkan kepada semua yang layak tanpa kira kaum atau agama, bahkan tidak kira perbezaan parti politik,” katanya.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata demikian selepas program Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pas Dun Mengkebang di Wat Sala Wanathayan, Kampung Batu Jong, malam kelmarin.

Program dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Abdul Latiff berkata, peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pas dapat juga dilihat di Parlimen ini kerana Kerajaan Negeri tidak pernah gagal menghulurkan bantuan kepada kaum itu.

“Selain meliputi semua lapisan masyarakat berbilang kaum, bantuan disalurkan pula berterusan sepanjang tahun dan tidak kira musim pilihan raya atau tidak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.