Halaman

Sabtu, Februari 16, 2013

KHALID GAGAP RASUAH IBU TUNGGAL AJAK GI SHOPPING!!!


Huh! Dah tak mampu nak laksanakan tugas dan janji yang dah dibuat, dia cuba pulak nak rasuah ibu - ibu tunggal tu ye. Siap ajak diorang gi shopping?

Apa, Si Khalid Gagap tu ingat ibu - ibu tunggal ni lapar sangat ke dengan program jom shopping dia tu? Ingat nak sangat ke mentekedarah janji kosong dia selama ini?

Dulu masa diorang buat manifesto, ada janji ke nak belanja ibu - ibu tunggal ni pegi shopping? Rasanya tak de dak? Rasanya diorang janji nak bagi elaun bulanan.

Jadi, sekarang ni, yang diorang menghabiskan duit rakyat dengan program tak berfaedah ni menda kejadahnya? Saja nak tutup keGAGALan diorang sendiri? Saja nak menipu rakyat? Memang itu la tujuan diorang pun!!!
SHAH ALAM:  Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu 'tidak ikhlas' dalam mengadakan program Jom Shopping Ibu Tunggal kerana mendapati ia gagal menjemput keseluruhan golongan itu.
Malah, Pengerusinya Murtini Kasman berkata selain tidak menerima jemputan beliau juga tidak dimaklumkan berhubung program yang melibatkan ibu tunggal di negeri itu.
Katanya, tindakan kerajaan negeri yang memilih bulu dalam program tersebut jelas membuktikan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak prihatin dengan nasib golongan tersebut.
Menurut Murtini, Khalid sewajarnya mengundang keseluruhan golongan ibu tunggal di negeri itu tanpa mengira fahaman politik. 
Justeru, Murtini berkata beliau meragui aktiviti kerajaan negeri itu sekali gus mempersoalkan siapakah yang akan dibawa oleh pentadbiran Khalid sebagai golongan ibu tunggal pada program tersebut. 
"Terkilan jugak kita yang ibu tunggal ni tidak tahu rasa macam tidak dipelawa. Kalau dia betul-betul prihatin dia boleh bagi semua ibu tunggal di Selangor," katanya.
"Sebab semalam ibu ada mesyuarat Pengerusi-pengerusi Ibu Tunggal Selangor, tapi semalam tidak ada cerita tentang program ini.
"Sekarang ini kita nak tahu sasaran mereka siapa, kalau sasaran mereka adalah orang-orang mereka, orang PKR tidak tahulah," katanya kepada Antarapos.
Majlis Pelancaran Jom Shopping Ibu Tunggal itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada sekitar jam 3.00 petang nanti di Giant Hypermarket, Kota Damansara di sini hari ini. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. kah-kah-kah.... SH nie kelakarlah .... mana berani puak2 pakatan tu kalau nak komen letak ID....

    depa nie mana ada teloq ....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.