Halaman

Jumaat, Februari 15, 2013

DEEPAK SUDAH BIKIN SAM KETOT 'PANAS'!!!


Heh! Pasal apa pulak Si Sam Ketot ni nak meroyan tak tentu arah ni? Yang dia nak 'angin' sangat dengan Si Penjual Karpet tu menda kejadahnya?

Hanya sebab Si Penjual Karpet tu tak ikut cakap diorang, dah boleh membuatkan dia pecah kepala ke? Pun dah boleh buat dia 'panas'?

Itulah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang ni sebenarnya tak boleh terima kenyataan. Sindrom Anti Kebenaran tu memang tebal dalam amalan mereka. Jadi, tu sebab la diorang ni sokmonya terdesak!!!
KUALA LUMPUR 14 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) cabar usahawan permaidani, Deepak Jaikishan membuat akuan bersumpah (SD) berhubung pendedahannya mengenai penglibatan pegawai isteri Perdana Menteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Kalau dia (Deepak) yakin dengan kebenaran itu, lebih baik buat akuan bersumpah, supaya kenyatannya diikat dengan Akta Perakuan Berkanun (1960),” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi.

Pada sidang media di ibu pejabat PAS 6 Februari lalu, Deepak menyatakan dia 90 peratus yakin pegawai Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ada di lokasi Altantuya dibunuh.
“Deepak kena nyatakan nama pegawai tersebut. Adakah pegawai itu orang selain daripada polis pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar?” soal Shamsul.
Beliau berkata, tidak salah untuk Deepak mendedahkan pada media, namun melalui SD, pihak atau individu yang terlibat dengan pembunuhan dapat diheret ke muka pengadilan.
“Kalau ada bukti baru dalam kes ini, ia boleh dijadikan innuendo (sandaran) penglibatan Rosmah,” katanya.
19 Disember lalu, AMK diketuai Shamsul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menuntut siasatan pendedahan Deepak berhubung penyediaan SD kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala). - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.