Siapa yang akan lupa dengan pendedahan kisah Bakal Calon PAS merayu - rayu mintak Bantuan Rakyat 1Malaysia hari tu? Rasanya, semua orang masih ingat.
Masa tu, puas la puak - puak Pakatan Haprak tu kata duit BR1M ni duit haram sebab ianya dianggap rasuah dari Kerajaan kepada rakyat.
Yang herannya, dulu diorang pun pernah menjanjikan benda yang sama kepada rakyat. Tapi, yang itu tak dikira haram pulak ye tak.
Bila kena pada Kerajaan Barisan Nasional, semuanya Haram belaka kata diorang. Nah! Sekarang macam mana pulak? Masih Haram jugak ke duit dari Kerajaan tu?
Kalau betul diorang kata duit dari Kerajaan ni semuanya Haram, apa tengkoraknya pemimpin - pemimpin diorang ambik duit pencen sebagai ADUN dan Ahli Parlimen?
Bukan ke itu juga dikira sebagai duit Haram? Tapi, yang itu jugak la yang diorang telan. Yang itu jugak la diorang buat makan hari - hari. Haram menda kejadahnya kalau macam tu. Setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
CTS - Gambar di atas CTS ambil daripada "wall fanpage" laman sosial Facebook Datuk Mustapha Mohamed. Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Kerajaan BN, namun prinsip keadilan turut tidak ditinggalkan.
Ini dibuktikan dengan kehadiran Ustaz Jak atau Mohd Zaki Ibrahim iaitu bekas ADUN PAS kerusi N38 DUN Kuala Balah, Kelantan, sewaktu pemberian dan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dua hari lepas.Beliau layak menerima bantuan BR1M kerana menepati syarat-syarat yang ditetapkan iaitu beliau hidup dengan pencen yang kurang daripada RM3,000 sebulan.
Alhamdulillah, sememangnya rezeki datang daripada Allah, namun setidak-tidaknya berterima kasih dengan si pemberi. Kalau tidak pandai berterima kasih sekalipun, kita harapkan agar juak-juak Pakatan Haram ini sekurang-kurangnya tahu bersyukur dan tidak mengigit tangan orang yang memberi makan. Jangan tuba dibalas apabila susu disuapkan. - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.