Halaman

Khamis, Februari 14, 2013

RASUAH 9 RINGGIT UNTUK BURUKKAN MB PAHANG???


Wah!!! Melampau betul budak - budak GM13 ni ye. Memang patut sangat la diorang ni kena labi dek penduduk - penduduk Pekan tu.

Dah la diorang kantoi menipu penduduk dikawasan tersebut. Siap bagi duit pulak lagi untuk beli jiwa. Setakat RM 9 hengget nak buat apa!!! Tak mendatangkan faedah lansung. Dah la semuanya orang luar. Masuk tempat orang nak buat kecoh. Memang kena la sebijik!!!
Tindakan kumpulan GM13 (Gerakan Mahasiswa PRU13) yang didakwa giat melakukan kempen sejak kelmarin bagi memancing undi di sekitar daerah ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.


Ketua Kampung Ganchong Hulu, Mustafar Osman berkata, kehadiran sekumpulan ahli GM13 yang pergi dari rumah ke rumah di sekitar mukim Ganchong disedari kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Menurutnya, seramai sembilan ahli kumpulan tersebut bergerak dalam tiga kumpulan yang dipecahkan kepada beberapa orang sebelum mendakwa mereka datang untuk membuat bancian.

“Remaja lelaki dan perempuan yang berusia lingkungan 20-an itu menyatakan tujuan kedatangan mereka yang ingin membuat bancian sebelum mengedarkan beberapa risalah yang mengandungi maklumat untuk berkempen.

“Mereka cuba menghasut penduduk di sini menyokong pihak pembangkang selain bercakap mengenai pelbagai isu seperti jaminan pendidikan percuma, penurunan harga minyak dan barang selain memburuk-burukkan Menteri Besar Pahang serta
kerajaan,” katanya.

Beliau yang membuat laporan polis pada jam 8 malam kelmarin mendakwa, kumpulan mahasiswa itu juga turut memberi wang di dalam sampul duit berslogankan dan simbol parti Pas.

“Saya sendiri memperoleh RM9 di dalam sampul tersebut yang dikepilkan di dalam buku bertajuk ‘Report Card MB Pahang, Bekas Guru Besar Menjadi Menteri Besar: Selepas 10 Tahun’ yang turut diedarkan," katanya.

Tetap degil berkempen

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Kiambang, Ganchong, Abdullah Jais berkata, tindakan kumpulan berkenaan berkempen sememangnya tidak dialu-alukan malah dia bersama beberapa penduduk menasihati mereka agar pulang sahaja dan tidak meneruskan niat mendekati masyarakat kerana belum tiba masa untuk berkempen.

“Nasihat kami hanya sia-sia kerana mereka masih berdegil dan sempat ke tujuh rumah penduduk di sekitar kampung ini sebelum dihalang segelintir penduduk yang tidak senang dengan cara tidak sopan mereka,” katanya. - seterusnya...

2 ulasan:

  1. Mahasiswa....ni kalau kata bodoh marah pulak tapi memang bodoh lagi bangang. Tamatkan dulu pengajian tu. Mahasiswa bangsa lain tak sibuk-sibuk pasal politik pun!
    Buat habiskan duit emak bapsk je!

    BalasPadam
  2. Apa signifikan angka 9 untuk RM9 tu yer.. Cuba check..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.