Halamak!!! Apa pasal pulak ni? Takkan la sampai berdarah hidung Si Nik Aziz tu bila dia dengar cerita ni kot? Rileks la. Jangan gabra tak kena tempat.
Meh baca dulu apa ceritanya. Jangan cepat sangat nak melatah. Jangan cepat sangat nak marah - marah. Kalau marah nanti, takut kena jual. Tapi, kalau dah kena jual jugak, jangan salahkan orang lain ye. Siapa suruh diorang gatal sangat nak menggadai!!!
MPP Online - Berita terkini yang gua terima dari sumber di Ibu Negara, Dato Haron Din akan membuat sidang akhbar bersama Dato Hasan Ali besok.. Setakat ni, tujuan dan kandungan sidang akhbar tersebut masih lagi dirahsiakan..Hasan Ali yang juga merupakan Presiden JATI, dikatakan akan cuba membawa bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke majlis tersebut..Gua syak, sidang akhbar tu bertujuan untuk menjelaskan desas desus tentang Dato Haron Din yang didakwa telah keluar dari Pas.. Dan ia juga mungkin berkait dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir yang disokong oleh Anwar dan Pakatan Rakyat..Sebelum ni, Dato Haron Din telah dimaki hamun oleh sebilangan penyokong Pakatan khususnya DAP hanya kerana mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian..Ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tak senang dikalangan ulamak serta pengikut-pengikut Pas yang setia kepada Majlis Syura Pas..Dari maklum balas awal.., 30 ribu ahli Pas yang pro ulamak bersedia untuk keluar parti jika benar Dato Haron Din meletak jawatan.. Apapun.., kita tunggu besok untuk tahu cerita yang sebenar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.