Halaman

Sabtu, Februari 16, 2013

PENGARAH TEATER BAKAL DIKECAM???


Huh! Tajuk kat atas tu hanya satu 'Pre-empt' sebelum isu sebenar dibangkitkan nanti. Lagi pun, perkara macam ni kita memang dah boleh agak dah.

Sama jugak macam filem 'Tanda Putera' hari tu. Filem belum tayang lagi, dah ada dah pihak yang kecam filem tu. Walhal diorang tak tengok pun. Jadi, rasanya tak heran la kalau pengarah teater ni pun akan turut dikecam jugak nanti!!!
Mungkin, ada yang sudah dapat mengagak atau barangkali ada berkerut dahi tertanya-tanya apa pula yang cuba kami nak uar-uarkan ini, kan? 
Kepada peminat tegar teater muzikal, ini berita baik buat anda! Sebuah teater muzikal terbaharu diberi judul Asmara Songsang yang akan dipentaskan selama dua hari, di Istana Budaya, pada bulan depan.
Asmara Songsang memaparkan isu gejala sosial melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin meruncing di Malaysia.
Menurut pengarahnya, Rahman Adam, sebagai karyawan beliau terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menentang isu LGBT yang telah masuk ke dalam masyarakat kita bermula daripada golongan belia remaja sehingga ke murid sekolah.

"Gejala LGBT kini semakin berleluasa malah pengaruhnya semakin kuat. Meskipun golongan seperti alim ulama, ketua belia juga beliawanis cuba menentang LGBT, namun ianya masih belum berjaya sepenuhnya. Kerana itu idea untuk mementaskan teater ini tercetus.
 
"Teater ini mempunyai mesej yang kuat dan ditujuankan pada masyarakat mengenai bahana LGBT sekiranya ia terus dibiarkan merebak bagaikan virus dalam masyaraakat kita hari ini", kata Rahman Adam pada sidang media pementasan teater tersebut bertempat di Istana Budaya. 
Dalam pada itu, penerbit teater iaitu syarikat Thrive Dition ini optimis membawa karya arahan pengarah teater prolifik, Rahman Adam untuk dipentaskan di 12 negeri di seluruh Malaysia secara percuma. 
Menurut penerbitnya, Norazman Huasain Sahib Marican, pihaknya, Thrive Dition mempunyai tempoh tujuh bulan untuk melaksanakan perancangan tersebut sehingga hujung tahun ini. 
"Kami merancang untuk membawa teater ini ke 12 negeri sehingga hujung tahun ini. Jadi, ia tidak terhenti di sini (Istana Budaya). Kami ada tempoh tujuh atau lapan bulan untuk laksanakannya," katanya pada sidang media tersebut.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.