Halaman

Selasa, Februari 19, 2013

HAMBOI!!! MANJANYA SI NORA DANISH NI!!!


Tidak cukup membuat peminat-peminatnya tak keruan dengan membaling bunga setiap kali sebelum memulakan nyanyian, Anuar Zain turut membuat sekalian yang ada di Stadium Malawati terkesima seketika apabila beliau bertindak mencium tangan Nora Danish sewaktu persembahan di konsertnya, yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Aksi itu dilakukan ketika Anuar menyanyikan lagu Ajari Aku, sejurus aktres comel itu membuat kemunculan di pentas. Nora juga merupakan pelakon yang menjayakan klip video lagu tersebut.

"Tentang saya cium tangan Nora... (senyum), sebenarnya itu adalah sebagai tanda perhargaan terima kasih saya terhadap seorang kawan baik. Tak lebih dari itu", kata Anuar Zain sewaktu sidang media ringkas yang diadakan selepas konsert Anuar Zain Tiga Dekad Cinta Muzik & Sanubari, berakhir.

Penyanyi berusia 42 tahun itu diminta mengulas mengenai 'adegan' tersebut yang disifatkan ramai penonton sebagai sebuah 'kejutan' yang manis dan sangat romantis.

Tambah-tambah sebelum ini pun ibu beranak satu itu sering di 'kenen-kenen'kan (dikaitkan) dengan Anuar Zain sejak penyanyi kegilaan ramai wanita itu mengakui Nora memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

Selain itu, seluruh stadium sekali lagi gamat dengan jerita tatkala menyusul pula klip video Sempurnakan Aku, dipertonton buat pertama kali dihadapan peminat. 

Dalam klip yang merupakan kesinambungan daripada  terisi dengan babak romantik - adegan Anuar Zain berpelukan dengan 'kekasihnya', Nora.

Antara kejutan lain, tiga penyanyi hebat iaitu Adibah Noor, Dina Nazir dan Elvira Arul sebagai penari latarnya sewaktu mempersembahkan lagu Cinta Harus Memiliki. 

Ternyata kemunculan tiga penyanyi hebat itu berjaya memukau penonton dengan vokal mantap mereka.

Ps: Hai... kot ye pun nak menghargai 'kawan baik' takkan main cium tangan kot. Kalau betul dia nak menghargai 'kawan baik', kenapa tak cium tangan Adibah Noor tu sekali. Hehehe... - seterusnya...

1 ulasan:

  1. "Kalau betul dia nak menghargai 'kawan baik', kenapa tak cium tangan Adibah Noor tu sekali"

    Betul Betul Betul

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.