Isnin, Februari 18, 2013


Isu perpecahan PAS Seremban nampaknya masih tidak berkesudahan walaupun paluan gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.



Di kala PAS di kawasan lain sedang bersiap siaga untuk menghadapi lawan iaitu UMNO, PAS Seremban pula dilihat masih bertelagah sesama sendiri.



Pertembungan PAS di Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.



Walaupun pertembungan ini tidak begitu diketahui umum melainkan sesama kepimpinan PAS, tetapi perang dingin diantara dua kem pemimpin ini kini semakin diketahui umum apabila Dewan Pemuda PAS Seremban melalui laman web milik mereka kini mula menyerang Zulkefly secara terbuka.



Di kaca mata umum hubungan di antara MK Ibrahim dan Zulkefly memang baik iaitu sejak sambutan rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Zulkefly yang dihadiri oleh MK Ibrahim.  Sebulan selepas itu Zulkefly pula menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MK Ibrahim.



Difahamkan melalui sebuah sumber dalaman PAS Seremban bahawa walaupun secara peribadi hubungan MK Ibrahim dan Zulkefly agak baik, namun pemimpin-pemimpin PAS Seremban di bawah MK Ibrahim dan Zulkefly seperti tidak mahu mencari jalan pendamaian. 



Sebaliknya sering ‘membakar’ MK Ibrahim dan Zulkefly agar tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk mencapai kata sepakat.



Sebenarnya apa yang menjadi rebutan di PAS Seremban ialah siapakah yang layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.



DUN Lenggeng merupakan satu-satunya kerusi PAS di Parlimen Seremban. Parlimen Seremban mempunyai enam kerusi DUN. Iaitu Lenggeng, Ampangan, Sikamat, Temiang, Lobak dan Nilai.



Ampangan dan Sikamat merupakan kerusi PKR sementara Temiang, Lobak dan Nilai merupakan kerusi DAP.



Kem MK Ibrahim merasakan MK Ibrahim sebagai Yang DiPertua PAS Seremban adalah calon yang paling layak untuk bertanding pada PRU-13 nanti. MK Ibrahim memenangi jawatan tersebut pada muktamar PAS Seremban pada 15 Mei 2011.



Pemuda PAS Seremban yang merupakan pro MK Ibrahim juga berhujah bahawa sudah sampai masanya PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat mencalonkan muka baru iaitu MK Ibrahim.


Ps: Huh! Selama hari ni, Si Zul tu dok sibuk la kat tempat orang lain. Sibuk sangat dia turun ke Kuantan untuk mengapi - apikan penduduk setempat.

Rupanya, dikawasan dia sendiri pun tak terkawal. Tambah teruk bila dia bantai beramuk sesama sendiri. Pun lagi dia nak sibuk kat tempat orang ke? Apa punya bangsat orang macam ni!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping