Huh!!! Memang sah Si Ostazah Pening tu akan meroyan sakan bila dia dengar berita ni beb. Dia siang malam dok maki hamun orang UMNO, tapi tak dapat apa.
Tapi sebaliknya, Si Ostazah Ecah yang kecewa tak dapat pinjaman TEKUN ni pulak yang diberi peluang. Maka, sia - sia la Si Ostazah Pening tu keluarkan fatwa songsang dia selama hari ni. Buat penat je la dia tabur fitnah!!!
Platun lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, dikatakan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), pada tidak lama lagi.
Ia berikutan terdapat sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) dan akan diletakkan bertanding dalam PRU13.
Memetik laporan Harian Metro, hari ini, penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, dia hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir.
“Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh ada kata putusnya.
“Saya tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya cakap-cakap orang mengenai penamaan berkenaan.
“Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia berminat untuk bertanding seandainya diberi peluang, Aishah berkata dia akan mempertimbangkannya terlebih dulu. - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.