Halaman

Jumaat, Februari 15, 2013

PKR HILANG KEPERCAYAAN PADA PAS!!!


Kesian beb. Memang SH kesian sangat dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni sering menjadi mangsa kezaliman puak - puak DAPigs dan PKR.

Kemelut yang melanda Pakatan Pembangkang ketika ini semakin hari dilihat semakin meruncing dan ianya bagai tidak mampu untuk disembunyikan lagi.

Korang bayangkan. Kalau hari tu, PAS Pahang menuntut semula dua kerusi yang telah dipinjamkan mereka kepada PKR dalam PRU yang lalu, mati - mati PKR tak nak bagi.

Kononnya, PKR kata mereka berhak ke atas kerusi tersebut dan PAS tidak ada hak untuk menuntutnya kembali. Sekarang, PKR pulak yang tuntut kerusi dari PAS.

Di Pasir Mas, PKR secara terang - terangan menghina calon - calon PAS dengan mencadangkan nama calon mereka untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.

Tidakkah itu menjadi satu bukti bahawa PKR di Kelantan sudah mula hilang kepercayaan terhadap PAS yang sering kali bertanding dikawasan tersebut?

Adakah mereka mula terasa terancam dengan penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas sehingga mahu menawarkan calon mereka sendiri untuk bertanding?

Inilah masalahnya dengan PKR. Diorang ni sibuk nak bertanding disana sini, tapi pemimpin mereka sendiri pun malas nak buat kerja. Bukan setakat di Kelantan je.

Malah di serata ceruk Malaysia ni pun sama je perangai diorang. Dah dipilih jadi wakil rakyat, satu hapah kerja pun diorang tak buat. Setakat goyang kaki je buat apa.

Tengok macam di Lembah Pantai, apa yang Si Nurul Izzah tu dah buat sehingga berjaya membangkitkan kemarahan penduduk - penduduk kawasan tu sendiri.

Di Kuantan pun sama jugak. Si Foolziah tu turun padang pun kalau ada acara yang dianjurkan oleh puak - puak Kahak Hijau untuk memporak perandakan penduduk.

Kat Indera Mahkota tak payah cakap la. Lansung wakil rakyatnya ghaib setelah dipindahkan ke Terengganu dan menjadi Pengerusi PKR Negeri. Mana ada dia turun padang.

Jadi, tak payah la PKR sibuk - sibuk sangat nak bertanding dalam banyak - banyak kerusi ni. Kot menang pun, diorang bukannya buat kerja untuk rakyat. Sekadar menipu dan kencing rakyat merata - rata buat apa. Mengabihkan masa je!!!
PASIR MAS – PKR Pasir Mas menawarkan untuk meletakkan calon bagi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.


Timbalan Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Mohd Kamaruddin Zakaria berkata, pihaknya mempunyai calon anak tempatan malah berkaliber.

Beliau berkata, kepimpinan Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud menyerlah dan diyakini dapat menerajui Pasir Mas di masa depan.

Kerusi ini disandang oleh Datuk Ibrahim Ali.

“Melihat kepada kewibawaan Wan Suhaimi, kita yakin dapat mengalahkan penyandang terdahulu dan membawa kemenangan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

“Kita berharap permohonan ini mendapat maklum balas positif daripada pucuk pimpinan negeri dan pusat demi mengejar impian ke Putrajaya,” katanya, semalam. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.