Halaman

Isnin, Februari 18, 2013

XENOPORN DIHINA AKHBAR AUSTRALIA!!!


Maka berjujuran la air mata puak - puak Pencacai Pakatan Pembangkang bila idola Gay diorang ni tak dapat masuk ke Malaysia.

Puas la diorang menyalak - nyalak macam anjing lapar hanya disebabkan perkara tersebut dengan dakwaan kononnya Kerajaan Malaysia ni menghalang Hak Kebebasan.

Hak Kebebasan apa yang diorang nak tuntut sedangkan diorang sendiri pun dok buat benda yang sama? Diorang jugak yang halang media arus perdana buat liputan.

Diorang jugak yang halang mana - mana ahli mengecam parti dalam Pakatan. Bukan ke itu bukti yang diorang jugak menghalang Hak Kebebasan?

Nasihat SH, tak payah la diorang nak menangi dan buang masa dengan orang luar macam Si Xenoporn tu. Tak mendatangkan faedah. 

Lebih baik diorang menangis bila melihat kesucian Islam dihina oleh puak - puak DAPigs dan digadaikan secara terang - terangan oleh manusia yang bergelar Si Ketua Penipu tu. Ada jugak manfaatnya!!!
MELBOURNE – Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak “bodoh atau sengaja mempromosi diri” berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah “bodoh dan tidak praktikal”.

Sheridan juga menuduh Xenophon “berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia – pihak pembangkang”.

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

“Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak,” katanya.

“Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

“(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara,” kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

“Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

“Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.