Tadi, sewaktu SH berjalan - jalan dalam dunia siber ni, SH terpandang satu artikel dalam blog Mahaguru SH yang bertajuk Si Nizar Lilin tu kemalangan.
Tak pasti la pulak Si Nizar Lilin tu kemalangan apa. Tapi, apa yang pastinya, Si Nizar Lilin tu katanya turut mengalami sindrom macam Si Mat Syabun tu.
Kalau ikutkan, Si Mat Syabun tu mengalami gegaran otak apabil kepala lutut dia berlaga dengan bahu jalan sewaktu melarikan diri dari Polis sebelum ini.
Maklum la. Otak Si Mat Syabun tu tak macam orang lain. Otak dia letak kat kepala lutut. Mungkin Si Nizar Lilin ni pun macam tu jugak kot. Otak letak kat Kepala Lutut.
Tu pasal la dia pun suka jugak buat kerja fitnah yang bukan - bukan. Lepas tu, bila dah kantoi dia tak nak mengaku. Kononnya dia bagi alasan benda tu bukan dia buat.
Nah!!! Ini satu lagi obat untuk Si Nizar Lilin tu hadam. Cuma obat ni bukan la nak melegakan sakit otak dia tu. Tapi untuk menambahkan lagi sakit dia.
Biar dia pikir sikit. Jangan dok sibuk cerita pasal orang lain. Selesaikan masalah sendiri dulu. Jangan sibuk nak jadi ketam dan nak mengajar orang berjalan lurus. Tempat sendiri pun banyak masalah, lagi dia nak cari masalah lain ke!!!
LUMUT 18. - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.
Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.
"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.
"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam. - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.