Halaman

Rabu, Mac 27, 2013

PAKATAN TAK YAKIN DENGAN MANIFESTO SENDIRI!!!


Oh! Patut la puak - puak Pakatan Haramjadah tu takut sangat nak membentangkan manifesto diorang dalam siaran di kaca televisyen. Rupanya, diorang pun tak yakin.

Perkara ni tak menghairankan kita beb sebab sebelum ini pun puak - puak Pakatan tu jugak yang mengakui yang memang ada kekurangan dalam manifesto diorang.

Maka, atas sebab itulah mereka enggan mendedahkan secara terperinci penjelasan mengenai manifesto tersebut. Tapi, apa nak heran ye tak. Diorang buat manifesto tu pun sekadar suka - suka je. Maklum la, diorang jugak yang cakap, Manifesto tu Bukan Janji!!!
KUALA LUMPUR: Keengganan DAP menggunakan waktu siaran 10 minit yang diperuntukkan kepada semua parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing menunjukkan pembangkang tiada keyakinan dalam janji pilihan raya mereka yang kosong dan tidak realistik.

Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sepatutnya menghargai peluang ini sekiranya parti itu mempunyai manifesto yang baik.

“Sebelum ini, Lim berulang kali mengkritik stesen televisyen yang dikendalikan kerajaan kerana tidak menyediakan pentas bagi parti pembangkang menyiarkan manifesto pilihan raya mereka. Tetapi sekarang pentas sudah diberi, mereka pula bagi bermacam-macam alasan seperti ‘memberi kami waktu siaran 10 minit tidak bermakna kami mempunyai kebebasan bersuara.’

“Lim mungkin membentangkan dasar dan model pembangunan tidak boleh laksana, tetapi bagi Pakatan Rakyat untuk mengatakan masa 10 minit tidak cukup adalah alasan untuk mengelak daripada muncul pada waktu siaran itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Chai berkata pakatan pembangkang gagal untuk menghasilkan dasar dan model pembangunan ekonomi sewajarnya dan pada masa sama mengabaikan pendidikan bahasa ibunda serta kepentingan masyarakat bukan Islam.

“Berdasarkan statistik konservatif, 200 perkataan mungkin diungkapkan dalam masa satu minit dan 10 minit adalah masa yang cukup untuk menuturkan 2,000 perkataan. “Jika Lim ada hujah yang kukuh, 10 minit lebih daripada cukup,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.