Halaman

Rabu, Mac 27, 2013

TAK BERBALOI KALAU FITNAH NURUL IZZAH!!!


TIDAK semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah.

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.

Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. 

Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.

Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. 

Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri. Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. 

Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. 

Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.

Ps: Kalau setakat Nurul Izzah tu, tak payah susah - susah nak buat cerita yang bukan - bukan. Cukup sekadar mempertikaikan pasal pasal khidmat dia kepada rakyat pun dah cukup untuk buat dia meroyan tak tenu arah!!!

3 ulasan:

  1. memang x boleh dielak lagi . . alasan dah tersedia berbuku2 . . jemput singgah : http://thisislarkin.blogspot.com/2013/03/al-fatihah-condolence-to-young.html

    BalasPadam
  2. Kenapa Saifuddin tu sanggup aibkan anak gadis idola dia sendiri ya? Apakah dia dah ada idola baru?... azmin?

    Agaknya...org PKR juga dah mula rasa yg Anuwar tu satu liabity kpd parti.. so... the game master is being toyed by the game executer...! If Machiavelli were still alive, he sure would love to write The Prince 2

    BalasPadam
  3. org kata, ada 'tangan ghaib' yg cetuskan isu psl video Si Nurul Izzah ni. Cuba tengok kat belakang dia tu... mana tau kot - kot ada tangan dok tengah syok meraba... hehehe...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.