Halaman

Khamis, April 18, 2013

ARKIB: PEMILIHAN NURUL IZZAH PUN TAK BERSIH!!!


Siapa ingat cerita ni? Rasanya ramai orang yang dah lupa bahawa pemilihan Si Nurul Izzah dikawasan dia sendiri pun tak sebersih mana.

Laporan yang didedahkan oleh sebuah blog Pro Pakatan sendiri menyatakan bahawa wujud unsur - unsur penipu dalam pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai.
Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.


Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. 

Lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. 

Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. 

Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.
Tak pasti la sama ada blog tersebut Pro pada Assmin atau tidak. Yang pastinya, Si Nurul Izzah ni pun tak la sebagus seperti mana yang dia dakwa.

Selama ini dia sering pertikaikan mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dia tuduh SPR berlaku tak adil. Dia tuduh SPR menipu dalam menjalankan tugas.

Tapi, dalam masa yang sama, dia pun dok buat benda yang sama jugak. Adakah tindakan dia tu lebih baik dari SPR? Adakah perbuatan dia tu lebih 'Bersih'?

Nah!!! Mungkin Si Nurul Izzah tu terlupa. Satu jari yang dia tunding pada orang lain, empat lagi tunding pada diri sendiri. Jadi, tak payah la dia cakap banyak. Kalau diri sendiri tu kotor, pergi bersihkan diri sendiri tu dulu. Jangan nanti dia pulak yang kena BERSIH!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.