Halaman

Khamis, April 18, 2013

RAUB, KUBUR KHAS BUAT BLOGGER DAPigs!!!



Parlimen Raub yang mempunyai seramai 49.12% pengundi Melayu, 43.51% pengundi Cina, India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008.

Ianya telah berjaya ditawan dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya, Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAPigs.

Kawasan itu umumnya dianggap oleh DAPigs sebagai satu kerusi yang berpotensi dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum kali ini. 

Justeru itu untuk merealisasikannya DAPisg menaruh besar kepada calon kitar semula Ariff Sabri Abdul Aziz bagi merampas Parlimen Raub dari genggaman BN.

Ia mungkin satu kebanggaan bagi Ariff Sabri kerana tindakannya keluar dari UMNO pada Januari 2012 semata-mata untuk mengintai peluang menjadi calon khirnya berbaloi. 

DAPigs sebelum ini telah menobatkan Mantan ADUN Pulau Manis itu sebagai pembawa panji DAPigs bagi Parlimen Raub kali ini.

Namun harapan untuk menang yang terlalu menggunung tinggi dan langsung tak terdaya dipikul oleh Ariff Sabri bakal membuatkan DAPigs terus mengigit jari. 

Masa kan tidak. Bekas ADUN Pulau Manis itu bukanlah seorang yang berpengaruh malah hubungannya dengan rakyat Pahang juga terlalu besar jurangnya.

Sewaktu Ariff Sabri menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal, jasa baktinya lansung tak dapat dirasai dek rakyat dikawasan DUN Pulau Manis. 

Jadi, bagaimana pula dia mahu menyumbang bakti untuk penduduk yang jauh lebih besar bilangannya didalam Parlimen Raub.

Lawannya di Parlimen Raub kali ini ialah EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Hoh Khai Mun yang tidak boleh dianggap kecik anak dan cukup berpengaruh. 

Dato' Hoh merupakan pemimpin MCA yang cukup berkaliber dan cukup dihormati ramai kerana sumbangannya cukup bermanfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Hoh Khai Mun juga merupakan bekas ADUN Bilut dijangkakan tidak berhadapan laluan sukar untuk mengekalkan Parlimen Raub dengan majoriti yang lebih besar.

Berdasarkan trend sokongan semasa, BN berpeluang mengekalkan penguasaannya di dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Raub dengan undi yang lebih selesa. 

Selain itu, BN turut dijangkan akan memberikan tentangan sengit kepada DAPigs bagi kerusi DUN Tras serta berpeluang mengurangkan majoriti di situ.

Dengan rekod perkhidmatan Hoh Khai Mun, trend sokongan umum semakin memihak kepada BN di seluruh negara termasuk di Parlimen Raub. 

Jadi, tidak syak lagi PRU kali ini akan menjadi mimpi ngeri untuk DAPigs dan Ariff Sabri pastinya akan terus berkubur di Raub sekaligus menjadi noktah terakhir hayat Politiknya. Jangan dia meroyan tak tentu arah sudah la!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.