Halaman

Sabtu, April 06, 2013

BANG NON BATALKAN MANIFESTO PAKATAN!!!


Jangan pelik kalau Bang Non ambik tindakan drastik macam yang diwar - warkan ni nanti. Nak pulak lepas dia tengok manifesto BN dalam televisyen malam ni.

Sebab benda macam tu dah menjadi kebiasaan buat Bang Non dan puak - puak Pakatan Haramjadah tu selama hari ini. Bagi diorang, Manifesto Bukan Janji.

Tambah pulak perkara tersebut pernah disebut oleh pimpinan Parti kencing Rakyat tu sendiri memandangkan manifesto diorang banyak kelemahan tersendiri.

Itu pasal la Si Ketua Penipu tu terpaksa pinda manifesto diorang di kedai kopi dengan menggunakan pensil sebab didesak oleh geng - geng Royalti.

Tu belum cerita pasal geng - geng Hindraf, golongan OKU, pemilik - pemilik teksi dan lain - lain lagi. Jadi, memang tak heran la kalau Si Ketua Penipu tu akan batalkan manifesto diorang sebab nama dia Ketua Penipu!!!
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meminda manifesto dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak dengan tulisan tangan di Pasir Puteh, Kelantan semalam telah mencacatkan manifesto pakatan pembangkang keseluruhannya. 
Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya. 
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar. 
Katanya, tabiat itu telah menunjukkan Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat. 
"Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu," katanya ketika dihubungi hari ini. 

2 ulasan:

  1. . Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.