Halaman

Sabtu, April 06, 2013

LAGI 'RAHSIA BESAR PAKATAN' AKAN DIDEDAHKAN!!!


Punya banyak rahsia puak - puak Pakatan Haramjadah ni sampai orang kena beratur pulak nak dedahkannya satu persatu ye? Memang dasar Haramjadah sungguh.

Inilah buktinya bila diorang tu tak ikhlas nak bantu rakyat sampai terpaksa orang beratur nak dedahkan apa agenda sebenar mereka kepada rakyat.

Setakat cakap kat mulut je nak memperjuangkan hak rakyat. Walhal sebenarnya diorang hanya nak memperjuangkan diri sendiri semata - mata. Tu sebab ada benda tersembunyi yang tak nak diorang bagi tau rakyat!!!
Kuala Lumpur: “Saya akan mendedahkan dua rahsia besar membabitkan pakatan pembangkang dengan menyalurkan maklumat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan selepas penamaan calon.

“Biarlah PM (Perdana Menteri) yang tentukan sama ada beliau mahu mendedahkan perkara itu kepada rakyat atau sebaliknya tetapi saya yakin maklumat itu bakal memberi kejutan kepada semua pihak,” kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di sini, semalam.

Antara rahsia besar itu membabitkan pendedahan mengenai kepincangan dan perbezaan ideologi yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang terdiri gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mampu menjejaskan persiapan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

“Maklumat yang saya ada ini juga akan mendedahkan mengenai pemilikan harta dan aset luar biasa oleh pemimpin pembangkang sebab itu ia perlu diserahkan kepada PM,” katanya.

Mengulas kedudukan beliau sebagai penyandang Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu pada PRU-13.

“Saya akan mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan tetapi atas parti apa biarlah ia menjadi teka teki, tunggulah penamaan calon nanti,” katanya.

Ditanya kemungkinan Barisan Nasional (BN) mampu merampas Kelantan daripada PAS, beliau tidak menolak perkara itu, malah meletak keyakinan penuh kepada kepimpinan BN untuk membentuk kerajaan baru.

“Sepanjang pembabitan saya dalam politik Kelantan, saya yakin BN boleh membentuk kerajaan baru. Bagaimanapun, Pengerusi BN perlulah bijak mengatur strategi dan memilih calon berwibawa untuk dipertandingkan di setiap kerusi bagi meraih keyakinan rakyat,” katanya.

1 ulasan:

  1. . Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.