Sebelum ini kita dah banyak kali dengar cerita pasal kontroversi Pakatan di Terengganu. Nak pulak bila Pengerusi PKR Negeri dikecam oleh PAS Terengganu sendiri.
Nak pulak bila surat dari Pejabat Setiausaha Agung PKR ni mula mendapat perhatian pada tahun 2011 yang lalu. Bermakna isu ni bukan isu baru beb. Tapi dah lama dah.
Sehingga hari penamaan calon Sabtu lalu, kebenaran tetap cuba untuk disembunyi dari pengetahuan rakyat. Mereka masih cuba nak bermain wayang.
Pertembungan pemimpin PAS Negeri dengan calon - calon dari PKR tetap juga berlaku. Terutama bagi kawasan DUN sekitar Kuala Terengganu.
Apabila wartawan tanya calon PAS Bukit Besi, dia masih cuba untuk berdolak dalih dengan memberikan jawapan yang tidak meyakinkan rakyat. Katanya:
“(Penglibatan PKR sebagai calon) ini sebagai sokongan (kepada Pas). Kita pertahankan supaya undi tidak pergi sepenuhnya kepada Umno.
“Undi yang berpecah kepada dua itu, kamu (wartawan) kira dalam matematik, tetapi sekarang ini kita kira (undian) secara psikologi,” - Roslan Ismail
Hah! Dia kata kehadiran calon PKR tu hanya akan memberikan sokongan kepada PAS? Mungkin sokong itulah yang akan membawa rebah.
Berikut pula jawapan dari calon PKR yang turut bertanding dikawasan tersebut apabila ditanya mengenai soalan yang sama. Kata dia:
Bagi calon PKR, tindakan PAS nak bertanding dikawasan tersebut boleh dianggap sebagai satu tindakan yang berlandaskan 'personal'. Bukan sebab perjuangan.
Jelas, gembar gembur mengatakan yang parti dikalangan Pakatan ini cukup kukuh dan anjal selama ini hanya lakonan mereka semata - mata.
Hakikatnya, dalam Pakatan tu tak wujud lansung persefahaman diantara satu dengan yang lain. Tu pun belum diorang dapat memerintah Negara. Dah huru hara dibuatnya. Kalau dapat rampas Putrajaya kelak, alamat hancur la jawabnya!!!
“Pengundi yang akan menentukannya. Benda ini tidak boleh dijangka, kita lihat apabila akhir hari pengundian nanti insya-Allah.
“Kita ada strategi (berkempen) kita dan kita akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh PKR Pusat supaya saya bertanding . Ini adalah parti, bukan personal, kalau orang perjuangkan personal tahu sendirilah,” Mohd Shamsul.Nah! Tak de pulak calon PKR tu kata yang kehadiran dia nak memberi sokongan tambahan kepada PAS. Sebaliknya dia kata dia hanya menjalankan amanah pimpinan Pusat.
Bagi calon PKR, tindakan PAS nak bertanding dikawasan tersebut boleh dianggap sebagai satu tindakan yang berlandaskan 'personal'. Bukan sebab perjuangan.
Jelas, gembar gembur mengatakan yang parti dikalangan Pakatan ini cukup kukuh dan anjal selama ini hanya lakonan mereka semata - mata.
Hakikatnya, dalam Pakatan tu tak wujud lansung persefahaman diantara satu dengan yang lain. Tu pun belum diorang dapat memerintah Negara. Dah huru hara dibuatnya. Kalau dapat rampas Putrajaya kelak, alamat hancur la jawabnya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.