Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.
Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud.
Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.
Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini.
Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!
Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.
Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.
Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:
i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )
ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )
iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )
iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )
v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )
vi. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI ). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.
vii. Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.
Pengundi-pengundi yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.
Sebelum ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak kami untuk mengundi.
Pilihan kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan. Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah. Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah! - seterusnya...
Ps: Heh! Berani tak Si Nurul Izzah tu nak tuduh penduduk - penduduk Lembah Pantai tu semuanya dibayar? Kalau berani buat la!!! Jangan pandai cakap je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.