Halaman

Ahad, April 21, 2013

CHAGU BARD PUNCA PERPECAHAN PAKATAN!!!


Wah! Biasanya kita cerita PAS bergaduh dengan PKR. Tapi biasanya bergaduh mulut je. Itu pun masih boleh didiamkan lagi. Tapi kali ni lain pulak.

PAS dan PKR bergaduh dalam erti kata sebenar. Siap maki hamun, ditolak - tolak dan ditampar - tampar lagi beb. Memang Real Gila!!!

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Si Chagu Bard ni sebab dia telah berjaya mewujudkan perpecahan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. 

Tinggal lagi, ini semua bukan salah dia. Sebaliknya salah Si Ketua Penipu tu jugak. Apa tengkoraknya dia nak import orang dari Rembau bertanding kat tempat orang!!! Ingat orang tempatan ni semua tak layak ke nak jadi pemimpin!!!
Untuk rekod, PKR meletakkan Chegubard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah.
PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.
Untuk itu, Chegubard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.
” Hari ini tak mungkin saya sebut secara terus terang…tapi tak mengapalah…saya sangat sebak…saya boleh lawan UMNO dan Barisan Nasional secara berdepan tapi saya tak ada pengalaman bergaduh dengan ‘adik beradik’ sendiri.
” Pagi ini saya disambut dengan caci maki, saya ditolak, muka saya ditampar..isteri saya juga ditolak,” katanya.
Sebenarnya, Chegubard kena renung dan muhasabah diri kenapa dia diperlakukan demikian.
Semua orang tahu Chegubard agak ekstrem dalam perjuangan politiknya hingga beberapa kali terlibat dalam perhimpunan haram termasuk ditahan kerana bertindak agresif dengan pihak polis.
Jadi kalau sikap begitu sudah tertanam dalam jiwanya, dia tidak boleh marah atau sedih kenapa rakan-rakannya dalam Pas boleh melakukan tindakan yang sama terhadap dirinya.
Lagi satu, kalau betul dia menganggap Pas adalah sahabat dan ‘adik beradiknya’, Chegubard tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh Pemuda Pas SECARA TERBUKA terlibat dalam insiden tersebut.
Bukankah lebih bijak dan lebih adil sekiranya dia laporkan kejadian itu terus kepada polis dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenainya.
chegubard sg acheh
Siapa Chegubard untuk awal-awal lagi menuduh Pas dalang di sebalik semua ini?
Klip dibawah macam Chegubard ‘sangat mulia’ kerana sanggup menghalalkan perbuatan mereka yang memukulnya, tetapi kalau diteliti dengan lebih dekat, Chegubard sebenarnya masih menyimpan dendam kerana membuat tuduhan liar kepada rakan dalam parti komponennya itu. Kalau begini sikap yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat, maka lupakanlah Putrajaya.
Ps: Slogan INI KALILAH itu lebih baik ditukarkan saja kepada – LAIN KALI SAJALAH!!!

1 ulasan:

  1. Padan muke hampa....amik hang chagubard..hahaha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.