Halaman

Ahad, April 21, 2013

NURUL IZZAH MESTI BENGKAK BACA BERITA NI!!!


Hish! Tak pernah la Si Nurul Izzah tu suka baca artikel yang dikeluarkan SH. Tak pasti la pulak sama ada dia baca atau tidak. Tapi itu bukan soal utamanya.

Yang penting mesej kepada rakyat mengenai sifat Si Nurul Izzah ni yang perlu ditonjolkan kepada rakyat agar mereka tahu siapa dia sebenarnya.

Selama hari ini, cara Si Nurul Izzah tu menjaga kebajikan rakyat dikawasan Parlimennya adalah dengan mengadakan ceramah - ceramah umum.

Hampir saban hari dia akan naik turun pentas ceramah untuk memburuk - burukkan pihak Kerajaan dengan pelbagai jenis tuduhan - tuduhan liar.

Tak pernah sekali pun dia cuba untuk menyelesaikan masalah rakyat sepanjang dia menjadi ahli Parlimen dikawasan Lembah Pantai. Setakat bagi hamper buat apa.

Tu pun dia buat sempena perayaan - perayaan tertentu. Kalau tidak, jangan harap la. Pun tak termasuk lagi cerita pasal dia dok tabur fitnah terhadap orang lain.

Mungkin itu kaedah puak - puak Pakatan Haprak ni nak berkempen kot. Caranya ialah dengan memburuk - burukkan orang lain. Tapi dalam masa yang sama kerja tak buat.

Rakyat hari ni bukan nak pemimpin yang setakat pandai cakap je. Diorang tak nak pemimpin yang setakat pandai buat tuduhan liar terhadap orang lain.

Kalau pemimpin tu jenis yang suka memburuk - burukkan orang lain, buat apa diorang pilih? Nanti, bila diorang bising kata pemimpin tu tak buat kerja, diorang pulak yang diburukkan.

Siapa tau beb. Benda macam ni pernah berlaku di Negeri - Negeri Pakatan. Bila rakyat bangkit tuntut hak diorang, rakyat tu pulak yang diburuk - burukkannya.

Sanggup Rejim Pakatan Negeri tuduh rakyat tu terima rasuah, terima hasutan dan pelbagai lagi dakwaan - dakwaan liar. Bukan itu yang rakyat mahukan.

Jadi, ingat la sikit! Rakyat Malaysia ni bukannya bodoh sangat beb. Rakyat Malaysia ni jauh lebih cerdik dari apa yang puak - puak Pakatan Pembangkang tu jangkakan. Buat la kerja, jangan setakat pandai bercakap je kerjanya!!!
KUALA LUMPUR, 21 April — Pengundi kelas menengah akan menentukan masa depan Malaysia dalam Pilihan Raya 2013, kata calon BN Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin hari ini.
Selain menumpukan kepada golongan miskin dalam kawasan bandar, Raja Nong Chik mengatakan Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan program transformasi untuk golongan kelas menengah seperti membasmi rasuah.
“Perdana menteri telah menjalakan transformasi dalam kerajaan, ekonomi dan sektor sosial,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pencarian harta karun di sini hari ini.
“Jadi, pengundi kelas menengah seharusnya memberikan Najib dan saya sendiri peluang untuk membuktikan transformasi sejajar dengan semangat 1Malaysia,” kata penyandang Menteri Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar itu.

4 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.