Halaman

Jumaat, April 19, 2013

ESOK PENAMAAN CALON, MALAM NI BANG NON DAH LARI!!!

Passport Bang Non Pun Dah Siap... 
Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Si Ketua Penipu tu untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. 

Motifnya untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu. 

Tapi rakyat bukan bodoh. Mereka mampu menilai kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin. 


Apa yang paling penting ialah memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri.



Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Si Ketua Penipu tu selaku pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis. 

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini secara terbuka telah mencabar dia untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu. 


Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana dia tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan sebelum ini telah ditarik kembali. 

"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau. 

"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya sebelum ini. 
Terbaru, mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mempelawa Si Ketua Penipu tu berdebat secara terbuka dengan pencabarnya di kerusi Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. 

Menurut tweet Dr Asri cabaran debat tersebut bagi membicarakan mengenai isu di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar itu. 



Namun malangnya sehingga kini masih tiada jawapan yang diberikan oleh Anwar walaupun menurut Dr Maza wakil BN, Dr Mazlan telahpun menyatakan kesudiannya untuk berdebat. 

Persoalannya beranikah Anwar menyahut cabaran tersebut atau seperti kebiasaannya memberikan seribu satu alasan sebagi helah melepaskan diri? Kalau dah jenis pandai cakap, tapi tak pandai buat, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.