Halaman

Jumaat, April 19, 2013

WARDINA BAGI NASIHAT BUAT PEMIMPIN PAKATAN!!!


Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak.


Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka.

"Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya.

Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Wardina percaya semua rakyat mahukan seorang pemimpin yang berakhlak, bersih, amanah, jujur dan baik akhirnya melahirkan generasi yang baik dan bebas daripada budaya lucah seperti ini.

"Baru-baru ini saya 'postkan' di Facebook saya mengatakan kita sudah mempunyai bangunan yang tinggi dalam masa yang sama kita perlukan pemimpin dan juga masyarakat berakhlak yang tinggi ini sangat diperlukan," katanya ketika ditemui dalam sidang media Ngo Wanita Membantah Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13.

Malah katanya, sebuah negara yang maju mempunyai masyarakat yang menyintai ilmu walaupun berbeza ideologi tetapi semua ada matlamat yang sama iaitu sayangkan Malaysia.

"Kita mampu duduk semeja dengan pihak lawan menyatakan pandangan masing-masing iaitu saya tidak bersetuju dengan awak tetapi kita boleh jadi kawan.  

"Tetapi hari ini tidak boleh duduk semeja, bahkan caci mencaci, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, benci membenci...'very bad'!.

"Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam masyarakat seperti ini(terdedah kepada video lucah), maka saya memperomosikan akhlak yang baik berkempen untuk berakhlak baik tidak kira di pihak mana," ujarnya.

Wardina turut melahirkan harapan agar mana-mana pemimpin negara yang bakal mewarisi negara selepas ini bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan masalah sosial yang sangat tenat.



Ps: Kalau dibaca betul - betul kenyataan Si Wardina ni, dia sebenarnya tujukan kepada pemimpin Pakatan sebab pemimpin Pakatan yang banyak video lucah!!!

3 ulasan:

  1. Wardina... kira macam ni lah, orang pukul kita sekali kita diam, orang fitnah sekali kita diam, orang maki kita sekali kita diam, orang kafirkan kita sekali kita diam.

    Alhamdulillah kalau semua orang baik-baik, penakut, jujur dan wara'. Tapi dunia tak macam tu....

    BalasPadam
  2. politik yang dimain oleh pihak pembangkang cukup cukup kotor...dimana fitnah berluasan..saya harap puan wardina peka tentang perkara begini...jadi sekarang ada pihak yang cuba membuktikan pada rakyat siapa sebenar nya peminpin beliau..yang selama ini berlakon sebagai peminpin yang baik....

    BalasPadam
  3. politik yang dimain oleh pihak pembangkang cukup cukup kotor...dimana fitnah berluasan..saya harap puan wardina peka tentang perkara begini...jadi sekarang ada pihak yang cuba membuktikan pada rakyat siapa sebenar nya peminpin beliau..yang selama ini berlakon sebagai peminpin yang baik....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.