Halaman

Jumaat, April 26, 2013

HUSAM DATANG BAWAK FITNAH JE!!!


Kita ingatkan Si Husam Kambing ni datang ke Putrajaya untuk bawak idea - idea 'Bombastik' dia. Tapi rupanya dia sekadar bawak fitnah beb.

Kalau di Kelantan, Si Husam tu boleh bawak idea - idea yang luar biasa kepada rakyat. Dia boleh tipu kata nak bina stadium dan keretapi laju.

Tapi di Putrajaya, dia tau semua penipuan seumpama itu takkan mampu dijadikan bahan modal untuk berkempen. Dia tau rakyat Putrajaya lebih bijak.

Jadi, sebab itu dia hanya mampu menaburkan cerita - cerita fitnah dan memburukkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

Setakat cakap berdasarkan maklumat dari 'sumber boleh dipercayai' baik tak payah!!! Apa yang dikeluar dai mulut dia pun orang dah tak boleh percayai. Inikan pulak dari sumber - sumber lain!!! Kan tak pasal - pasal je kena saman! Baru la Padan Muka Dia!!!
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon PAS kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.
 
Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jawi Tuan Asmawi Tuan Umar dalam satu kenyataan semalam berkata dakwaan Husam itu tidak benar.
 
"Isu pemecatan serta merta AJK surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa diFacebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013 (Khamis) adalah tidak benar. 
 
"Walau bagaimanapun, semua surau sama ada surau biasa, surau Jumaat dan masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling masjid/surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik," kata beliau dalam satu kenyatan.
 
Husam dalam kenyataan laman Facebook semalam berkata beliau diberitahu bahawa pengerusi dan bendahari Surau Abdul Rahman Auf telah dipanggil menghadap Ketua Pengarah Jawi di pejabatnya.
 
Beliau mendakwa Jawi telah mengarahkan semua ahli jawatankuasa surau berkenaan diberhentikan serta-merta.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.