Halaman

Jumaat, April 26, 2013

PAK 'IBHARIM' KATA HUDUD HANYA MERUGIKAN PAS!!!


Hah! Pulak dah! Apa pasal pulak Pak 'Ibharim' ni kata macam tu? Diorang dah tak anggap Hudud tu sebagai salah satu wajah perjuangan PAS ke?

Sebelum ini, Presiden PAS kata Hudud bukan agenda utama. Tapi Hudud itulah yang sering dijadikan modal untuk mereka meraih undi dikalangan orang Melayu.

Hari ini, Hudud tidak lagi dijadikan sebagai bahan rencah utama didalam Politik puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang lebih menumpukan kepada Politik.

Ya! Politik lebih penting dari hal - hal lain. Bagi PAS, Politik perlu diutamakan. Bab nak memperjuangkan Islam ni semuanya dah jatuh bab kedua.

Sebab itulah PAS boleh keluarkan arahan agar pengikut - pengikutnya menangguhkan ibadah Haji walaupun ianya merupakan kewajiban bagi semua umat.

Penyudahnya, ada pengikut - pengikut PAS yang mengadu kata diorang kecewa sebab tak dapat menunaikan Haji sedangkan rakan - rakan lain semua dah selesai.

Adakah PAS masih mahu mendabik dada mengatakan yang diorang ni pejuang - pejuang Islam? Masihkah mampu untuk mereka menuduh UMNO sebagai kafir?

Lain kali, kalau nak tunding jari pada orang, kaji dulu diri sendiri. Cermin dulu kesilapan dan kelemahan diri tu. Jangan asyik nak kaji nyamuk diseberang laut sampai bangkai gajah depan mata pun tak mampu diorang nak uruskan!!!
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Datuk Tun Ibrahim Tuan Man menggesa semua kepimpinan dan ahli parti itu untuk berhenti mengulas lebih lanjut berhubung pelaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
 
Sebaliknya kata beliau fokus harus diberikan kepada isu-isu pilihan raya termasuk menerangkan tentang manifesto pembangkang.
 
Menurut Tuan Ibrahim, isu tersebut hanya akan merugikan PAS di saat-saat akhir tempoh kempen pilihan raya umum.
 
"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya memetik Sinar Harian Online.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika pakatan mengambil alih kerajaan pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.