Halaman

Isnin, April 29, 2013

LAGI BILIK GERAKAN BN KENA BAKAR!!!


Dah nampak sangat puak - puak Pakatan Haramjadah ni tak de modal untuk berpolitik beb. Nampak sangat diorang ni takut dengan bayang - bayang sendiri.

Korang bayangkan la. Macam mana nak berdepan dengan rakyat kalau setakat dengan bilik gerakan PDM pun diorang boleh jadi ketar lutut? 

Kalau setakat berani bakar bilik gerakan apa barang beb! Bakar pulak diwaktu malam. Cuba bakar siang - siang masa orang tengah ramai tengok. Baru la orang kata anak jantan. Kalau tak de telur, duduk je la kat belakang Chow Kit!!!
Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Pasu dibakar awal hari ini. 

Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam. 

Ketua sub PDM Kampung Manggol, Haslis Saad, 41, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi selepas semua anggota yang bertugas selesai membuat persiapan parti dan pulang ke rumah masing-masing. 

"Ada kawan saya mai (datang) rumah beritahu ada kebakaran di tempat kami. Bila sampai sana api marak dan saya bersama lima rakan lain bertungkus lumus padamkan kebakaran daripada terus merebak ke seluruh khemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. 

Antara peralatan yang dibakar adalah bendera BN, empat meja, kabel elektrik, 1,000 poster calon BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1,000 risalah aku janji BN Kedah yang dianggarkan melibatkan kerugian kira-kira RM2,000. 

Haslis berkata beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang berdasarkan maklumat yang diterima oleh seorang rakan yang kebetulan keluar pergi kerja ketika itu. 

"Ada seorang rakan keluar pergi kerja di Alor Setar. Dia ada nampak dua lelaki naik motosikal yang ada logo parti pembangkang dikatakan berkeliaran di kawasan itu. Saya syak ini perbuatan mereka," katanya. 

Kata Haslis beliau agak kecewa dengan tindakan yang sengaja mahu mencetuskan pelbagai masalah pada pilihan raya kali ini. 

Laporan polis turut dibuat di balai Polis Jitra kira-kira pukul 9.40 pagi ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada parti terlibat.

1 ulasan:

  1. dia boleh nakr bilik gerakan tapi dia samaikn membakar semangat untuk mengundi. ayuh kubang pasu. tingkatkan kempen walau serba kekurangan. patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat dagu patah dagu bertongkat kuku. hanya Allah yang maha berkuasa. jangan takut GEMPURRRRRRRRRRRR....... sahabat dari johor

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.